5 Cara Buat Duit Guna Blog dengan Mudah Tahun 2020

Nak buat duit dengan cara mudah? Dalam keadaan sekarang ini semua orang memerlukan duit. betul tak? Jadi, salah satu cara untuk mendapatkan duit tanpa perlukan modal adalah dengan blog. 

Tapi sekarang ini boleh ke dapatkan duit dengan berblogging? Well, Dimana ada kemahuan disitu ada jalan. Kuncinya adalah rajin. Contohnya macam korang sekarang ini, cari inisiatif untuk dapatkan duit dengan blog.

5 cara buat duit

Tapi macam mana caranya? Jom saya kongsikan dengan korang semua.

1. Letakkan iklan di Blog 

Ini adalah salah satu inisiatif yang korang boleh lakukan iaitu meletakkan iklan di blog. Salah satu platform iklan yang popular adalah Google Adsense. Bukan hanya youtube, dengan blog pun korang boleh letakkan iklan. 

Untuk membolehkan korang meletakkan iklan menggunakan program dari Google Adsense sebenarnya mengambil masa. Jadi, kalau korang berminat, kenalah buat blog bermula sekarang. 

Hasilkan artikel yang berkualiti, dapatkan views dari pembaca dan seterusnya buat permohonan kepada Google Adsense. Mereka akan mereview blog anda dan sekiranya LULUS, korang boleh mula letakkan iklan seperti di blog ini. 

Ya, saya pun menggunakan Google Adsense juga.

Banyak ke bayaran yang diberikan oleh Google Adsense?

Semuanya bergantung kepada blog masing masing. Kalau views banyak, InsyaAllah bayaran pun banyak. Lagi pun bayaran dibuat dalam matawang USD. 

2. Sewakan ruangan di Blog untuk letakkan iklan mereka

Bercakap tentang iklan, korang juga boleh sewakan ruangan yang ada di blog kepada mereka yang berminat untuk meletakkan iklan di blog korang.

Kalau korang perasan, setiap blog akan ada beberapa iklan dibahagian tepi (Sidebar) dan atas (Header). Selain iklan dari Google Adsense, kebanyakan blogger akan mengosongkan bahagian tersebut untuk meletakkan iklan.

Tapi macam mana orang nak tahu kita ada ruang iklan untuk disewakan?

Sesetengah blog yang sudah lama wujud dan sangat popular kebiasaannya akan di "approach" oleh client sendiri tetapi kalau korang masih baru tapi mempunyai trafik yang baik dan konsisten, korang boleh "approach" mereka terlebih dahulu untuk menawarkan servis tersebut kepada mereka.

Jika mereka berminat dengan tawaran yang diberikan, korang bolehlah letakkan iklan berkaitan produk mereka di blog korang.

3. Servis Artikel Berbayar

Boleh ke dapatkan duit dengan membuat artikel di blog? Semestinya! Saya sendiri pernah di "approach" oleh client untuk menyediakan artikel mengenai produk mereka di blog. 

Macam mana nak dapatkan client untuk servis artikel berbayar?

Pertama sekali, korang perlu rajin mempromosikan blog di social media platform yang korang ada. Contohnya Instagram dan Facebook. 

Promosikan macam mana tuh?

Salah satunya, kongsikan tentang blog korang dengan followers di Instagram, Let them know yang korang ada sediakan beberapa servis berbayar di blog. Perkara seperti ini kadang kadang dianggap remeh tetapi kita tidak tahu berkemungkinan potential client ternampak perkongsian tersebut dan berminat untuk berkolaborasi? Who knows

Betul tak?

4. Dropship

Nak buat business tapi tak ada modal dan tak nak pegang stok. Kalau macam tuh korang buatlah dropship. Sekarang ini ramai orang yang menjalankan perniagaan memerlukan agent untuk program dropship. Betul tak? 

Jadi, korang joinlah dropship tersebut. Korang cuma perlu buat sales tanpa perlukan modal dan tidak payah pegang stok. Tapi apa kaitan dropship dengan blog?

Disinilah blog memainkan peranan penting.

Korang boleh menghasilkan artikel berkenaan produk yang korang jual. Kongsikan tentang kelebihan produk tersebut, testimoni pelanggan dan lain lain supaya korang dapat menarik minat pengunjung blog untuk membeli produk tersebut dengan korang. 

5. Affiliates

Selain Dropship, korang juga boleh join program Affiliates. Zaman sekarang ini ada banyak platform membeli belah secara online menyediakan program Affiliates contohnya Shopee dan Lazada.

Untuk program Affiliates biasanya  link khas akan diberikan oleh mereka dan korang perlu kongsikan link tersebut di social media platform yang korang ada.Sekiranya ada pembeli membeli barang menggunakan link korang, Komisyen akan diberikan.

Jadi, korang gunakanlah blog sebagai medium tersebut.

Kongsikan link tuh di dalam artikel blog. 

Tapi macam mana?

Sebagai contoh, blog korang berkaitan dengan aktiviti memasak. Korang hasilkan satu artikel berkaitan peralatan dapur, lepas tuh korang share kan link affiliates berkaitan dengan alat alat memasak dalam artikel tersebut. Kalau ada rezeki, pembaca akan klik dan beli barangan tersebut menggunakan link korang.

Ini adalah antara tips dan cara untuk mendapatkan duit menggunakan blog dengan mudah. Saya harap dengan perkongsian yang ringkas ini dapat membantu korang diluar sana untuk mendapat Side Income. 

Yang penting korang jangan putus asa. Nak berblogging? Mulakan dari sekarang jangan tangguh lagi nanti menyesal sebab tak mulakan awal awal.
Terbaru Lebih lama