Siri Animasi terbaru dari Animonsta Studio yang bakal menjadi kesukaan ramai | Korang pernah tengok siri animasi Boboiboy tak? Kalau korang nak tahu siri animasi dan filem Boboiboy diterbitkan oleh Animonsta Studio Sdn Bhd. Siri animasi Boboiboy mengisahkan tentang seorang budak lelaki bersama kawan kawannya menentang makhluk jahat yang ingin menakluki bumi.

Sambutan untuk siri dan filem Boboiboy ini sangat luar biasa. Kutipan untuk filem Boboiboy  berjaya meraih kutipan sebanyak 19 Juta manakala filem Boboiboy 2 pula sebanyak 30 juta. Satu pencapaian yang sangat mengagumkan dan sekarang ini mereka bakal mengeluarkan siri animasi terbaru yang bakal menjadi kesukaan ramai. 

Mechamato

Menurut Monstanews, siri animasi terbaru Monsta yang paling dinanti-nantikan pada tahun 2020 adalah Mechamato, menceritakan kisah Amato yang berteman dengan robot berkuasa yang diberi nama MechaBot.

Siri animasi terbaru Monsta iaitu Mechamato
Mechamato, Kredit photo : mechamato.fandom.com

Tak sabar rasanya nak menonton Mechamato. Saya yakin pasti ramai peminat siri animasi terbitan Animonsta Studio Sdn Bhd menantikan kemunculan Amato dikaca TV dan youtube rasmi mereka. Saya harap siri animasi ini juga akan mendapat sambutan dan berjaya seperti Boboiboy (Mungkin lebih lagi) Insyaallah.

1 Comments

Post a Comment

Previous Post Next Post