Filem Animasi dan Fantasi  Tahun 2020 yang korang kena tengok! Tahun lepas ada lebih kurang 14 filem animasi dan fantasi yang saya kongsikan dengan korang semua untuk rujukan. Berjaya tak tonton semua 14 filem animasi dan fantasi yang menarik tahun 2019?

Senarai filem best tahun 2020
Senarai filem animasi dan fantasi tahun 2020
Kalau belum habis tengok kenalah habiskan dulu sebab tahun ini ada banyak lagi filem animasi dan fantasi yang best untuk ditonton. Kalau nak tahu filem apa yang menarik untuk tahun ini jom kita tengok satu persatu.

1. Onward

Filem animasi dan Fantasi Onward
Filem Onward akan ditayangkan pada 5 Mac 2020
Mengisahkan tentang pengembaraan dua beradik, Ian dan Barley Lightfoot mencari magik untuk meluangkan masa dengan ayah mereka yang telah meninggal sewaktu mereka masih kecil lagi. 

2. Fantasy Island

Filem animasi dan fantasi Fantasy Island
Fantasy Island akan ditayangkan pada 27 Februari 2020
Segala impian rahsia pengunjung di resort mewah yang terletak di sebuah pulau tropikal terpencil menjadi kenyataan. Walau bagaimanapun, ia tidak seindah yang disangka apabila fantasi berubah menjadi mimpi ngeri. Untuk mencari jalan keluar dan meneruskan hidup, pengunjung-pengunjung tersebut perlu menyelesaikan misteri pulau itu terlebih dahulu.

3. Sonic The Hedgehog

Filem animasi dan Fantasi Sonic The Hedgehog
Filem animasi dan fantasi Sonic The Hodgehog akan ditayangkan pada 13 Februari 2020
Mengisahkan tentang seekor landak kecil antropomorfik biru yang bernama Sonic. Dalam filem ini dia sedang cuba melarikan diri dari penjahat Dr. Robotnik yang merancang untuk menakluk dunia menggunakan kuasanya. 

4. Black Widow

Filem animasi dan fantasi Black Widow
Black Widow akan ditayangkan pada 30 April 2020
Pada masa kelahiran Black Widow (aka Natasha Romanova) diberikan kepada KGB, yang melatihnya menjadi ejen elit. Apabila U.S.S.R berpecah, kerajaan cuba membunuhnya menyebabkan dia terpaksa berdepan masa silamnya sebagai perisik, dan hubungan-hubungan lamanya yang terlerai, sebelum dia menjadi salah seorang ahli Avengers.

5. Trolls World Tour

Filem animasi dan Fantasi Trolls World Tour
Trolls World Tour akan ditayangkan pada 12 Mac 2020
Kalau korang penimat filem animasi Trolls pada tahun 2016, korang kena tengok filem Trolls World Tour ini sebab filem ini mengisahkan tentang Queen Poppy dan Branch yang menemui beberapa dunia trolls yang baru.

6. Wonder Woman 1984 

Filem animasi dan fantasi Black Widow
Filem Black Widow akan ditayangkan pada 4 Jun 2020
Mengisahkan tentang Wonder Woman (Diana Prince) yang terlibat dalam konflik dengan Soviet Union ketika Perang Dingin 1980an. Dia juga perlu bertarung dengan Cheetah, penjahat yang mempunyai kuasa luar biasa.

7. The Spongebob Movie : Sponge on the run 

Filem Animasi dan Fantasi The Spongebob Movie Sponge on the run
 The Spongebob Movie Sponge on the run akan ditayangkan pada 28 Mei 2020
Filem ini adalah tentang Spongebob dan kawan baiknya Patrick mengembara ke Lost City of Atlantic City untuk menyelamatkan siput peliharaannya yang bernama Gary.

8. Artemis Fowl 

Filem animasi dan fantasi Artemis Fowl
Filem Artemis Fowl akan ditayangkan pada 28 Mei 2020
Filem ini berkisarkan tentang seorang dalang penjenayah Irish muda bernama Artemis Fowl menculik pegawai LEPrecon Holly Short sebagai tebusan kerana ingin menyelamatkan ayahnya. tetapi akhirnya mereka berdua bekerjasama menyelamatkan ayah Artemis Fowl daripada Artik dan menewaskan pixie jahat Opal Koboi.

9. Scoob!

Filem animasi dan fantasi Scoob!
Filem animasi dan fantasi Scoob akan ditayangkan pada 14 Mei 2020
Mengisahkan tentang Mystery Inc menyelamatkan dunia daripada Dick Dastardly!

10. Ghostbuster Afterlife 

Filem animasi dan Fantasi Ghostbuster Afterlife
Filem Ghostbuster Afterlfe akan ditayangkan pada 9 Julai 2020
Filem  ini adalah sambungan kepada dua filem Ghostbusters tahun 80-an, ianya mengisahkan tentang dua beradik bersama ibu mereka yang berpindah ke sebuah rumah di Summerville, Oklahoma, yang diwariskan oleh datuk mereka. Selepas beberapa kejadian gempa bumi misteri berlaku di bandar itu, mereka mendapat tahu tentang legasi rahsia peninggalan datuk mereka dan kaitan mereka dengan ghostbusters.

11. Minions : The Rise of Gru

Filem animasi dan fantasi Minions The Rise of Gru
Filem animasi dan fantasi Minions The Rise of Gru akan ditayangkan pada 11 Jun 2020
Mengisahkan tentang impian [Untold Story] seorang kanak kanak berusia 12 tahun yang ingin menjadi "supervillian" terbesar didunia.

12. Free Guy

Filem animasi dan fantasi Free Guy
Filem Free Guy akan ditayangkan pada 2 Julai 2020
Guy adalah seorang juruwang bank yang tinggal dalam video game "Free City". pada suatu hari, Guy menyedari yang dia adalah seorang watak bukan pemain. Apabila dia dapat permainan video itu akan ditamatkan, Guy membuat keputusan untuk menjadi wira dan menyelamatkan "Free City" sebelum terlambat.

13. The New Mutants

Filem animasi dan fantasi The New Mutants
Filem The New Mutants akan ditayangkan pada 2 April 2020
Lima mutan muda mengetahui tentang kebolehan mereka ketika ditahan dalam kemudahan rahsia tanpa kerelaan mereka dan berjuang untuk melepaskan dan menyelamatkan diri masing masing.

Berikut adalah antara filem animasi dan fantasi yang korang kena tengok untuk tahun 2020. Kalau ada lagi filem yang best tapi tiada dalam senarai, korang boleh komen dekat bawah insyaallah nanti saya akan tambahkan dalam list untuk rujukan semua ya. 

*Credit to IMDb dan www.cinema.com.my untuk info dan gambar. 

2 Comments

  1. Alamak! Filem animasi yang menarik untuk ditonton ni. Okay... Remark entry ni untuk tengok satu persatu nanti.. Hehe...

    ReplyDelete

Post a Comment

Previous Post Next Post