7 Produk penjagaan diri dari Himalaya Herbals yang anda perlu ada!

7 Produk penjagaan diri dari Himalaya Herbals yang anda perlu ada! | Sebelum ini saya pernah share tentang produk himalaya herbals tetapi saya hanya kongsikan tentang shampoo, toner dan mask sahaja. Anda boleh baca artikel tersebut di link ini Rawat kulit wajah dan kurangkan masalah rambut gugur dengan Himalaya Herbals. Saya ada gunakan beberapa produk lain juga selain shampoo, toner dan mask. Jadi saya mengambil peluang ini untuk share dengan lebih details tentang semua produk yang saya ada.

Himalaya Herbals mengeluarkan banyak produk penjagaan diri dan kesemua produk yang saya ada dalam artikel ini cuma sebahagian kecil sahaja. Anda boleh berkunjung ke outlet Himalaya Herbals di KLCC atau dimana sahaja cawangan mereka untuk tengok produk produk lain yang sememangnya akan membuatkan korang tergamam sekejap sebab seriously banyak sangat.

7 Produk penjagaan diri dari Himalaya Herbals

1. Anti Hair Fall Shampoo

Saya mempunyai masalah keguguran rambut yang agak teruk. Banyak jenama shampoo yang saya gunakan untuk mengurangkan masalah keguguran rambut ini tetapi ianya tidak berkesan. Setiap kali mandi mesti rambut akan gugur at 7-10 helai tapi selepas menggunakan Anti Hair Fall Shampoo keluaran Himalaya Herbals, masalah rambut gugur semakin berkurangan. Sejujurnya rambut masih gugur tetapi kuantiti helaian rambut gugur berkurang dari 10 helai ke 2-3 helai sahaja setiap kali saya mandi dan kadang kadang tuh memang tak ada langsung. 


Ada beberapa bahan penting yang digunakan dalam produk ini untuk membantu masalah keguguran rambut dan salah satunya adalah Butea Frondosa. Ianya digunakan untuk menguatkan rambut. Sekiranya anda mengalami masalah yang sama dan berminat untuk mencuba, saya nasihatkan anda untuk beli shampoo ini dalam packaging yang lebih kecil dahulu untuk tengok samada ianya sesuai atau tidak dengan rambut anda. 

2. Protein Conditioner

Selain Shampoo, conditioner juga adalah antara produk penjagaan rambut yang  anda perlu ada sebab ianya dapat membantu mengubah texture dan appearance rambut. Ianya akan membuatkan rambut menjadi lebih lembut dan sihat
Hair conditioner is  a hair product that changes the texture and appearance of hair. Hair conditioner is ofter a viscous liquid that is applied and massaged into hair. Hair conditioner is usually used after washing the hair with shampoo. Hair conditioners may contain moisturizers, oils and sunscreen, among other ingredients - Credit to Wikipedia

Kebiasaannya selepas menggunakan shampoo rambut akan menjadi kering. Tak bagus sebenarnya untuk jangka masa yang panjang sebab nanti rambut akan rosak. Jadi, conditioner boleh membantu untuk melembapkan rambut. Anda akan rasa perubahannya selepas menggunakan conditioner. Protein conditioner dari Himalaya Herbals adalah antara conditioner yang terbaik sebab ianya berfungsi untuk melembutkan, menguatkan dan melembapkan rambut serta melindungi rambut daripada rosak. All in one!

3. Neem 

Ok, seterusnya adalah supplement untuk rambut dan kulit yang diberi nama Neem. Supplement ini didatangkan dalam bentuk capsules untuk kegunaan selama satu bulan. Sebenarnya agak sukar untuk saya pastikan samada ianya berkesan atau tidak sebab ini adalah kali pertama saya consume.


Saya masih lagi consume Neem sebab kandungan bahan di dalam capsules adalah 100% Sayuran dimana ianya sangat bagus untuk aku yang tak makan sayur. Mungkin ada dikalangan membaca yang sudah pun menggunakan Neem untuk rutin harian dan boleh share keberkesanan supplement ini? Kalau ada , boleh tinggalkan komen di artikel ini yer.


4. Almond and Cucumber Peel Off Mask 

Sekarang ini kita beralih kepada produk penjagaan wajah pulak. Peel off mask adalah produk yang paling digemari oleh pengguna, samada lelaki atau perempuan. Banyak jenama produk penjagaan wajah mengeluarkan peel off mask untuk kegunaan mereka yang memerlukan termasuk Himalaya Herbals sendiri. Almond and Cucumber Peel Off Mask menjadi taruhan mereka. 


Almond and Cucumber Peel off mask ini berfungsi untuk menghilangkan "Blemishes". Apa itu blemishes? Ianya adalah kecacatan yang ada di wajah seperti tona kulit tidak sekata, parut, jerawat dan lain lain. Walau pun blemishes di wajah saya tidak berkurangan selepas beberapa kali menggunakannya saya tidak akan berhenti kerana Peel off Mask ini dapat menjadikan kulit muka saya lebih lembut dan bersih

5. Moisturizing Aloe Vera Face Wash

Bercakap tentang face wash atau apa apa produk penjagaan diri, kita mesti "investigate" dulu apa masalah yang kita hadapi sebelum beli apa apa produk. Contohnya kulit muka, kita kena tahu apa masalah kulit kita ini, adakah ianya kering? berminyak? semua ini penting kalau tak sia sia nanti beli produk tapi tak serasi pula.


Sekiranya anda mengalami masalah kulit kering, face wash ini sangat sesuai digunakan sebab ianya mengandungi Aloe Vera dimana tumbuhan ini berfungsi untuk melembapkan dan melembutkan kulit wajah.  melembutkan kulit. Timun juga digunakan dalam produk ini untuk menjadikan kulit wajah lebih segar.

6. Nourishing Skin Cream

Ini adalah kali pertama saya gunakan Nourishing Skin Cream dari Himalaya Herbals. Pada pendapat saya ianya sangat best. Krim ini berfungsi untuk melembapkan dan melindungi kulit dari kotoran/pencemaran. Sesuai digunakan pada seluruh anggota badan.


Untuk pengetahuan korang, krim ini tidak berminyak dan menyerap dengan cepat. Itu adalah benda yang paling menarik perhatian. Saya tak suka pakai krim yang lambat menyerap sebab kulit akan jadi kurang selasa. Saya recommend produk ini untuk anda yang kerja dalam aircond sebab kulit cepat kering kalau terdedah dengan aircond terlalu lama.

7. Refreshing and Clariyfing toner

Saya jarang gunakan toner ini tapi apa yang boleh saya kongsikan adalah ianya dapat membantu mengurangkan kotoran yang ada pada wajah kita dan bau toner ini juga menyenangkan. 


Berikut adalah produk produk keluaran Himalaya Herbals yang saya guna buat masa sekarang dan sekiranya anda adalah pengguna Himalaya Herbals macam saya, jom kongsikan dengan semua pembaca blog luqmanzakaria, produk apa yang paling anda suka? Saya harap artikel ini dapat memberi manfaat kepada semua orang yang membacanya. Teruskan menyokong www.luqmanzakaria.com dan nantikan post seterusnya dari aku. Thank you guys.
7 Produk penjagaan diri dari Himalaya Herbals yang anda perlu ada! 7 Produk penjagaan diri dari Himalaya Herbals yang anda perlu ada! Reviewed by Luqman Zakaria on 11/21/2018 02:00:00 pm Rating: 5

No comments: