Nak makan aglio olio yang sedap? Jom ke Trust Issue KL

Dah lama rasanya tak share dengan korang semua pasal makanan. Sebelum ini memang tak ada masa nak keluar makan di tempat yang agak jauh dari rumah sebab sibuk dengan kerja dan cuti pon tak menentu. Selepas berhenti kerja shift ini, adalah juga masa untuk berehat dan beriadah. gituh.haha.
Korang pernah dengar pasal Kafe Trust Issue tak? Aku tahu pon sebab abang aku yang cerita and the way how dia cerita dekat aku tuh buatkan aku rasa excited nak try. Jadi aku ajaklah kawan kawan pergi and seriously memang tak menyesal aku travel dari setapak pergi cheras semata mata nak makan dekat Trust Issue.

Masa kitorang sampai tuh memang ramai orang. Nasib baik ada tempat duduk kalau tak terpaksa duduk luar. Masa tuh kat luar panas so kitorang redah jugak masuk dalam cari seat. Bila dah dapat seat tuh apa lagi order time! 

Aku tak tahulah sejak bila tekak aku boleh bertoleransi dengan cukup baik dengan spaghetti tapi yang pasti kalau aku nak makan spaghetti, i would go for Aglio Olio. Biasanya kalau nak makan aglio olio mesti ada seafood and i am not a fan of seafood pasta. Kalau nak makan aglio olio yang ada ayam aku akan ke Wondermama X. Memandangkan dekat Trust issue ada Aglio Olio Ayam Percik. without any doubt aku terus order yang tuh.

Aglio Olio with Ayam Percik
Korang kena try aglio olio ayam percik ini sebab memang sedap. Kawan kawan aku yang ikut masa ini pon cakap benda yang sama. It was so delicious. Nak repeat balik tapi tak tahulah bila sebab jauh sangat dari rumah but sure akan ke sana lagi. Siapa siapa yang nak pergi tuh roger roger lah aku.haha.


Kalau korang tak berapa nak ada chemistry dengan pasta, boleh jer order Butter Rice with Ayam pandan atau Crispy Chicken cheese. Dua dua sedap tapi one of my friends tak suka sangat. Last last dia habiskan ayam oglio olio aku and aku plak yang habiskan makanan dia. 
Butter Rice with Ayam Pandan
Crispy Chicken Cheese
Selain main course, kawan aku ada order starter. Dia order Munchy Byte (Crispy Crab Stick). Masa tengok gambar dalam menu. aku tak rasa nak makan pon sebab nampak kurang menarik tapi sekali dah sampai meja, hmmm! mulut nih tak berhenti mengunyah sebab sodap.
Muncy byte
Overall semuanya memang marvellous! kalau korang nak usha social media dorang sebelum pergi bolehlah klik link yang aku share dekat bawah ini. Aku letak sekali dengan alamat dan waktu operasi untuk rujukan korang. 

Lokasi 
Trust Issue KL
No. 102, Jalan Dwitasik, Dataran Dwitasik, 
Bandar Sri Permaisuri,
56000 Kuala Lumpur

Contact Number
0125600434

Opening Hours
Isnin hingga Khamis 1200pm - 1200am
Jumaat 0400pm - 0100am
Sabtu dan Ahad 1200pm - 0100am

Facebook
Instagram
Nak makan aglio olio yang sedap? Jom ke Trust Issue KL Nak makan aglio olio yang sedap? Jom ke Trust Issue KL Reviewed by Luqman Zakaria on 11/22/2018 03:30:00 pm Rating: 5

No comments: