Tahun Baru Cina | Sky Symphony winch show dan Tarian Singa di Resorts World Genting

Tahun Baru Cina | Persembahan Sky Symphony dan Tarian Singa meriah di Resorts World Genting | Menurut Mr. Kevin Tan,Vice President of Promotion & Entertainment, Tahun baru cina adalah salah satu acara yang istimewa di Resorts World Genting dimana ramai pengunjung datang untuk menyaksikan kemeriahan persembahan tarian singa sempena sambutan Tahun Baru Cina di genting highlands.
Pada tahun ini, sambutan Tahun Baru Cina di Resorts World Genting menjadi lebih menarik dengan Sky SymphonyWinch Show yang sangat hebat. 1001 bebola kinetik bergerak berubah mengikut bentuk dan kisah yang disampaikan diiringi pula dengan musik akan membuatkan korang terpukau. Aku sempat mengambil beberapa footages semasa persembahan dijalankan. korang boleh menontonnya di Vlog aku di sini - Vlog #1 : Genting Highlands (ESL One Genting 2018 Press Conference and Chinese New Year Sky Symphony)
Tarian singa pada tahun baru cina adalah acara wajib dilakukan kerana ia dipercayai akan membawa tuah dan menolak segala "negative energy" yang ada. Enam Choy San Yeah atau "God of Prosperity" turut terlibat sama semasa Persembahan tarian singa sijalankan untuk mengagihkan limau mandarin kepada pengunjung yang bertuah.


Untuk tahun 2018, ada banyak aktiviti yang bakal dijalankan untuk semua yang berkunjung ke Resorts World Genting. Salah satu yang paling menarik adalah "Dog Dance" yang bertajuk The Prosperity of 9. Korang akan berpeluang untuk melihat sembilan maskot anjing seperti Husky, Rottweiler, German Shepperd dan lain lain lagi. Choy San Yeah dan 8 "Blossom Fairies" akan turut berada di sekitar resort bagi memeriahkan lagi perayaan tahun baru. Jangan lepaskan peluang korang untuk menyaksikan kemeriahan tahun baru cina di Resorts World Genting bermula 14 Februari hingga 4 March akan datang. Dibawah ini aku senaraikan beberapa tarikh  penting yang korang perlu take note! hehe

17 Februari - Tarian Singa dari Kun Seng Keng Lion & Dragon Dance Association (Special Show)
15,23 Februari & 2 March -Pertunjukan bunga api

Untuk pengetahuan korang jugak, selepas menonton Sky Symphony sempena Tahun Baru Cina, korang juga boleh menonton persembahan Sky Symphony lain seperti The Forest, Symphony Urban dan The Goddess bermula jam 10 pagi hingga tengah malam setiap hari. Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan aktiviti yang dijalanka di Resorts World Genting, korang boleh layari www.rwgenting.com atau hubungi mereka di talian +60361011118.
Terbaru Lebih lama