Food Truck kini menjadi pilihan ramai, adakah ini peluang pekerjaan atau sekadar trend? - Blog Luqman Zakaria

Food Truck kini menjadi pilihan ramai, adakah ini peluang pekerjaan atau sekadar trend?

Share This
Food Truck kini menjadi pilihan ramai, adakah ini peluang pekerjaan atau sekadar trend? | Aku agak tertarik dengan perniagaan makanan yang berkonsepkan "Food Truck" atau dalam bahasa melayunya kendera saji.  Apa yang aku lihat, sambutan masyarakat terhadap perniagaan makanan seperti ini sangat meriah. Aku terfikir juga, adakah perniagaan ini akan memberi peluang pekerjaan kepada mereka diluar sana atau hanyalah sekadar trend semata mata dimana ianya tidak akan bertahan lama.


Pada pendapat aku, Food Truck bukanlah sekadar trend semata mata tetapi ianya adalah satu perniagaan yang sedang berkembang pesat di negara kita Malaysia terutama sekali di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Contoh yang paling tepat adalah Tapak urban street dining yang menjadi tumpuan ramai rakyat malaysia dan pelancong untuk menikmati pelbagai jenis makanan yang cukup menyelerakan.

Kendera saji (Food Truck) adalah perniagaan yang mudah dan cepat

Sekiranya korang sedang mencari kerja atau masih berfikir, apakah bidang pekerjaan yang sesuai untuk dijadikan sebagai sumber pendapatan? aku sarankan korang mulakan business kendera saji ini kerana perniagaan makanan menggunakan konsep kendara saji ini mempunyai kelebihannya yang tersendiri.

Kelebihan Kendera Saji (Food Truck)

  • Bekerja dalam keadaan yang cukup selesa
  • Barang barang dan bahan bahan perniagaan boleh disimpan dengan mudah 
  • Tidak perlu menyewa kiosk atau kedai
  • Masa yang Flexible
  • Boleh meniaga di tempat tempat yang berbeza setiap hari (sesuai untuk mereka yang meniaga di pasar malam)
Berikut adalah antara kelebihan yang aku rasa sangat menguntungkan tetapi korang harus ingat, sebelum memulakan perniagaan ini, lesen untuk kendera saji perlu dimohon terlebih dahulu untuk memastikan perniagaan korang adalah sah dari segi undang undang.


Peluang pekerjaan dalam perniagaan kendara saji (Food Truck)

Dengan itu, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil inisiatif yang cukup positif dengan mengeluarkan lesen kendera saji bagi merealisasikan peluang pekerjaan yang sangat tinggi potensinya untuk lebih maju di masa hadapan. Setakat ini DBKL telah pon mengeluarkan sebanyak 220 lesen kendera saji dan Kementerian Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pula menyasarkan kira kira 1000 lesen dikeluarkan pada akhir tahun ini untuk menjadikan ibu kota sifar penjaja di tepi jalan.


Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, Menteri Wilayah Persekutuan juga turut sama memberi sokongan dan berusaha untuk membantu peniaga kendera saji mendapatkan kemudahan yang mereka perlukan seperti lokasi perniagaan yang strategik, pusat perniagaan kendera saji yang lengkap dengan kemudahan asas seperti air, elektrik dan tempat pembuangan sampah yang sistematik.
Sekarang ini, kita sedang berbincang dengan pihak pembuat trak ini bagaimana kita boleh atasi masalah yang dihadapi peniaga masa ini. Misalnya mendapat pinjaman dan sebagainya. Kita juga berbincang dengan pihak Majlis Amanah Rakyat, Tabung Ekonomi Kumpulan Usahawan Niaga (Tekun) untuk membantu mereka," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Food Truck (Kendera Saji) Hari Wilayah Persekutuan 2018 di sini, hari ini bersempena Forum Bandar Sedunia Kesembilan (WUF9) - www.astroawani.com
Aku sangat kagum dengan inisiatif DBKL untuk menjadikan perniagaan kendera saji ini salah satu sumber pendapatan untuk rakyat Malaysia. Aku sangat menyokong program program sebegini kerana ianya dapat membuka peluang kepada mereka yang tidak bekerja dan tiada punca pendapatan mengubah hidup mereka ke arah yang lebih baik untuk masa hadapan.

58 ulasan:

  1. Kalau pakai kenderaan, masalah tempat akan dapat diatasi.. sebab kenderaan ini boleh bergerak kemana sahaja.. Lepastu makanan yang disediakan pula terbaik dan ebrkualiti, setanding harga memang akan sentiasa mendapat permintaan punya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh..guna kenderaan nih senang nak bergerak dand tempat pon x jadi masalah.

      Padam
  2. dua2
    pekerjaan pun yer
    trend pun yer

    BalasPadam
  3. Setahu sha tinggi juga modal nak buat bisnes ni kan..tp xsetinggi restoran..kalau ada food truck leh join event2

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul jgk tuh..lg pon food truck senang nak gerak g mana mana.kalau ade event jual makanan boleh la join sama.

      Padam
  4. Suka food truck ni, bersih dan nampak hipster ;)

    BalasPadam
    Balasan
    1. setuju..luqman pon suka food truck sebab bersih..

      Padam
  5. Rasa hipster mkn kt food truck

    BalasPadam
    Balasan
    1. hahaha..yeke..mcm luqman rasa kenyang..eh!

      Padam
  6. bukan sekadar trend, tp dlm masa yg sama boleh dijadikan peluang menjana pendapatan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. seiring la..trend and peluang perniagaan pon yer.

      Padam
  7. food ! food! food ! HHAHHAHHA

    BalasPadam
  8. baguskan foodtruck ni, boleh bagi peluang pekerjaan jugak

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup..memang peluang pekerjaan sebab DBKL ada buat pengeluaran lesen untuk usahawan Food Truck

      Padam
  9. Tahniah kerajaan WP atas usaha dan inisiatif yang memang dapat mengurangkan beban rakyat! - Mak Lin, Blog #CeritaMak

    BalasPadam
    Balasan
    1. dengan adanya peluang pekerjaan nih kurang la sikit beban dorang.

      Padam
  10. bagus ada exposure macam ni kat orang ramai. harap dapat berkembang lebih maju lagi :D

    BalasPadam
  11. buka time puasa mesti laku keras, hihi

    BalasPadam
    Balasan
    1. aah betul.kalau dorang buka business untuk bulan puasa jgk mesti laku.

      Padam
  12. banyakkan kelebihan meniaga dengan food truck ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. banyak jgk la..sebab dbkl keluarkan lesen untuk usahawan FT nih.

      Padam
  13. Sekarang banyak dekat karnival pakai food truck , lebih senang dan kebersihan terjaga. ada kan peruntukan siapa yang nak jual pakai food truck memang bagus

    BalasPadam
    Balasan
    1. exactly! sekarang ini ramai yg guna FT sebab senang nak jaga..bersih pon bersih..

      Padam
  14. Menarik juga tawaran ni ye. Bagus juga ada food truck ni lebih mudah dikendalikan, tempat berniaga pun lebih bersih dan kemas

    BalasPadam
  15. Baguslah bila ada inistaif yang macam ni, dapat jugak berikan peluang untuk yang baru nak menceburi bidang perniagaan tu kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. ye betul..peluang yg cukup baik untuk mereka yg ingin mulakan business

      Padam
  16. satu malaysia dah ad food truck skrg ni. makanan yang ad pun not bad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. dekat mana mana pon ada..kalau xde food truck tak sah skrg hehe

      Padam
  17. kami pun teringin nak buat food truck..so adanya kemudahan ni..boleh amik peluang

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau macam tuh boleh apply la lesen nanti senang.

      Padam
  18. Food truck lama dah menapak kat Dataran JB , akak suka ke situ, 10 mins walk aja dari rumah. And of course our pebret is always satay celop lah kan, signature dish of food truck kat JB, tapi sekarang ni, dah memacam menu tambahan ada, more food choices.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bestnya dekat area rumah ada foodtruck..luqman xde yang dekat tapi teringin nak lepak dekat tapak food truck dekat area Avenue K tuh..

      Padam
  19. Nina suka food truck ni bila di letakkan setempat. Senang! Banyak pilihan

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan..ada byk foodtruck byklah pilihan makanan.

      Padam
  20. Org KL mmg suka something yang new macam ni..Kalau kat kedai makan, selalunya cuma spesifik pada satu jenis je samaada masakan melayu atau western..kat food truck, pi kat tapak dia tu berderet food truck.tak yah nak membazir cri tmpt mkn yg kita nak makan masa tu..pilih la nak asia, western kat food truck..

    BalasPadam
    Balasan
    1. food truck kalau dah kumpul satu tempat memang rambang mata tak tau nak makan apa.

      Padam
  21. Bagusnya ada program untuk belia ni.Jadi dapatlah diorang mulakan perniagaan food truck

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tuh..peluang macam nih kena grab dengan cepat..dah la business food truck ini menjadi pilihan ramai sekarang nih

      Padam
  22. Bagus ada berniaga foodtruck ni, macam2 makanan yang boleh di nikmati... Lebih tersusun dari gerai-tepi jalan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. tersusun rapi kemas dan yg paling penting sekali bersih!

      Padam
  23. kite suka foodtruck.. open mcm ni.santai je..x serabut.

    pemilik foodtruck pula,bebas nak berniaga di mana mana. Emm..seronoknyerrr

    BalasPadam
    Balasan
    1. memang santai dan tak serabut..itu saya setuju sgt.

      Padam
  24. Usaha murni Kementerian Wilayah Persekutuan perlu diteruskan demi kesejahteraan orang ramai.

    BalasPadam
  25. harap dapat berterusan sebab banyak kebaikan guna food truck ini #hebatkannegaraku

    BalasPadam
    Balasan
    1. harapnya macam tuh la..doakan yang baik baik sahaja supaya ianya diteruskan dan dimanfaatkan sebaiknya.

      Padam
  26. Biasanya tengok dekat overseas. Hopefully ini bukan sekadar trend semata. Moga diteruskan ke generasi akan datang. Bagi auni, agak bagus perniagaan food truck ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup. saya pon harap foodtruck ini akan berkekalan lama dan mereka yang buat business dgn foodtruck ini dapat jana income berpanjangan.

      Padam
  27. Suka tengok peniaga food truck..menu ala hipster

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pon suke sebab ia nampak moden dan menu2 memang xyah cakap la hipster abes. haha

      Padam
  28. Khaty memang suka menu di food truck sebab ada banyak pilihan. Harga pun berpatutan

    BalasPadam
    Balasan
    1. hehe :) mesti selalu g makan kat foodtruck nih kan..hehe

      Padam
  29. Nampak meriah sgt. Harga pon terkawal kan.senang nk cari makanan di satu tempat khas je. Pelancong pon senang nak pilih menu. Sape tak tertarik tengok kan. Mesti singgah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau pergi dekat Tapak foodtruck dkt avenue K tuh memang meriah! bukan pelancong je..kita pon senang nak pilih menu sebab macam macam ada.

      Padam

Pages