Famili Duo 2023 Kembali Dengan 5 Pasangan Penyanyi Mantap!

Famili Duo 2023 Kembali Dengan 5 Pasangan Penyanyi Mantap! | Selepas dua musim berlalu, Famili Duo kini kembali lagi untuk musim yang ketiga. Famili Duo 3 atau Famili Duo 2023 akan bersiaran pada setiap hari Ahad jam 9:00 Malam menerusi saluran TV3 bermula 15 Oktober 2023 akan datang. 

Buat peminat Famili Duo yang tidak dapat menonton di kaca televisyen jangan risau sebab korang masih boleh menonton rancangan realiti TV ini secara online di laman sesawang Tonton.

Poster Famili Duo 2023

Buat mereka yang masih belum kenal dengan konsep pertandingan nyanyian Famili Duo mesti tertanya tanya bagaimanakah ianya dijalankan. Betul tak?

Untuk pengetahuan korang, Famili Duo merupakan rancangan realiti TV nyanyian yang menampilkan penyanyi tanah air bersama ahli keluarga atau saudara mara secara duo berentap di atas pentas dan ianya akan dinilai oleh juri profesional. 

Bercakap tentang juri profesional, untuk Famili Duo 2023 masih lagi mengekalkan dua juri tetap yang sama seperti musim yang kedua iaitu Ajai dan Mas Idayu. Untuk pengacara pula, mereka masih mengekalkan Janna Nick tetapi pasangannya ditukar kepada Izzue Islam.

Bagaimana pula dengan Peserta untuk Famili Duo 2023? Jom kita tengok senarai 5 pasangan yang dibawakan untuk musim ketiga. Korang boleh rujuk jadual yang aku kongsikan dibawah.

Senarai Peserta Famili Duo 2023

No. Senarai Peserta Hubungan
1
  • Adira Suhaimi
  • Emma Suhaimi
Adik Beradik
2
  • Ryan Bakery
  • Adam Bakery
Adik Beradik
3
  • Haqiem Rusli
  • Ariff Bahran
Sepupu
4
  • Shila Amzah
  • Syahir Amzah
Adik Beradik
5
  • Tom
  • Fuad Rahman
Suami Isteri

Senarai Peserta Famili Duo 2023

Setiap program pertandingan nyanyian mesti akan ada hadiah lumayan yang akan menanti pemenang. Untuk Famili Duo pun sama dimana hadiah yang menarik menanti mereka! Bukan hanya di pentas akhir sahaja tetapi setiap minggu juga ada hadiah yang boleh direbut.

Setiap minggu peserta akan diberikan tema yang berbeza dan mereka perlu memberikan persembahan yang terbaik kerana mereka berpeluang untuk merebut hadiah wang tunai sebanyak RM10,000. Dengan adanya inisiatif seperti ini peserta akan lebih bersemangat untuk memberikan persembahan yang mantap.

Di Pentas akhir pula, Hadiah wang tunai sebanyak RM100,000 menanti mereka! 
Terbaru Lebih lama