Filem Gemencheh Boys

Filem Gemencheh Boys | Salah satu filem melayu baru yang best dan menarik untuk ditonton di pawagam pada bulan oktober 2023 adalah filem yang berjudul Gemencheh Boys! Kalau korang nak tahu, filem Gemencheh Boys ini adalah berdasarkan kisah benar.

Jom Tonton Filem Gemencheh Boys

Filem Gemencheh Boys yang diarahkan oleh Jason Chong dan Eric Ong ini akan ditayangkan di pawagam Malaysia bermula pada 26 Oktober 2023 akan datang. 
 
Poster Filem Gemencheh Boys

Filem Gemencheh Boys terbitan Stories And Live Pictures dan Astro Shaw dibintangi oleh  Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen dan Amir Kuziq sebagai watak utama. 

Antara pelakon lain yang turut terlibat dalam menjayakan filem Gemencheh Boys adalah Pekin Ibrahim, Farah Ahmad, Ieda Moin, Datuk Ahmad Tamimi Siregar dan ramai lagi. 

Informasi Ringkas Tentang Filem Gemencheh Boys

Tajuk Filem : Gemencheh Boys
Saluran : Pawagam
Tarikh Tayangan : Bermula 26 Oktober 2023
Waktu Tayangan : -
Pengarah : Jason Chong dan Eric Ong
Terbitan : Stories And Live Pictures, Astro Shaw
Pelakon : Aqil Yaya, Syed Ahmad, Ayiet Harith, Kimi Norais, Izzue Deen, Amir KuziqPekin Ibrahim, Farah Ahmad, Ieda Moin, Datuk Ahmad Tamimi Siregar, Farah Fauzana, Zaidi Omar, Arumugam Vedan, Kamal, Rezuan dan ramai lagi

Sinopsis Filem Gemencheh Boys 

Gemencheh Boys mengisahkan tentang 6 kanak kanak lelaki berusia 10 tahun yang dikenali dengan gelaran "enam jahanam" kerana mereka sentiasa menimbulkan masalah. Enam budak lelaki ini adalah Fauzi, Shukri, Rashid, Shafiq, Izad dan juga Amin.

Kehidupan mereka selepas itu berubah setelah bertemu dengan seorang guru yang bernama Azman. Cikgu Azman ditugaskan oleh pengetua sekolah untuk mengeluarkan mereka berenam dari jalanan. 

Mengenali budak budak tersebut membuatkan Cikgu Azman sedar bahawa mereka mempunyai bakat dan kekuatan masing masing. Setelah itu, Cikgu Azman menjalankan misi untuk menjadikan mereka semua atlet. 
Adakah Cikgu Azman berjaya menyelesaikan misi tersebut? Jom saksikan Gemencheh Boys yang akan ditayangkan dipawagam pada 26 Oktober 2023 akan datang! 
Terbaru Lebih lama