BAJET 2023 | Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia 2023

Pada 7 Oktober 2022, Menteri Kewangan Malaysia YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul bin Tengku Abdul Aziz membuat pembentangan Bajet 2023 yang mengfokuskan kepada kesejahteraan rakyat, kelangsungan perniagaan, kemakmuran ekonomi dan kecekapan perkhidmatan kerajaan.

Aku yakin ramai diantara kita ingin tahu tentang senarai bantuan yang akan diberikan kepada rakyat melalui pembentangan bajet 2023 baru baru ini. Jadi, Dibawah aku senaraikan beberapa bantuan yang dikongsikan oleh Menteri Kewangan Malaysia. 

Bantuan Rakyat Malaysia 2023

Senarai Bantuan Untuk Rakyat Malaysia 2023

1. Bantuan Keluarga Malaysia (BKM)
  • Bagi isi rumah berpendapatan bulanan kurang dari RM2500 menanggung 5 orang anak atau lebih, Korang layak untuk mendapatkan bantuan keluarga Malaysia (BKM) 2023 sebanyak RM2500.
Bantuan Keluarga Malaysia 2023
  • Bagi isi rumah berpendapatan bulanan kurang dari RM2500 menanggung 4 orang anak atau kurang, Korang layak untuk mendapatkan bantuan keluarga Malaysia (BKM) 2023 sebanyak RM1000 hingga RM2000.
bkm 2023
  • Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM2500 hingga RM5000 menanggung 4 orang anak atau kurang, Korang layak untuk mendapatkan bantuan keluarga Malaysia (BKM) 2023 sebanyak RM500 hingga RM1250 bergantung kepada bilangan anak yang ditanggung.
BKM 2023
  • Bagi warga emas yang tidak mempunyai pasangan dan bujang, korang layak menerima bantuan keluarga Malaysia (BKM) 2023 sebanyak RM600 dan RM350 bergantung kepada pendapatan masing masing.
BKM 2023
  • Bagi ibu atau bapa tunggal yang mempunyai anak tanggungan layak menerima bantuan kewangan tambahan sebanyak RM500.
BKM 2023

2. Inisiatif e-Pemula M40 RM100

Menerusi inisiatif ini, Kumpulan M40 yang berpendapatan tahun di bawah RM100,000 (Seratus Ribu Ringgit) layak mendapatkan tawaran kredit e-Dompet yang bernilai RM100.

Inisiatif e-Pemula M40

 3. Inisiatif Cahayamata Keluarga Malaysia RM500

Bagi ibu mengandung yang bakal melahirkan cahayamata pada tahun 2023 layak menerima bantuan one-off sebanyak RM500.

Bantuan cahaya mata keluarga malaysia 2023

4. Inisiatif e-Pemula kepada Belia Dinaikkan RM200

Inisiatif e-pemula kepada belia yang berumur 18 hingga 21 tahun/pelajar sepenuh masa dibawah umur 21 tahun dinaikkan dari RM150 kepada RM200 untuk tahun 2023. 

bantuan untuk rakyat malaysia 2023

5. Program MyPSV

Melalui program MyPSV, Kerajaan bersetuju untuk menanggung bayaran bagi mendapatkan lesen e-hailing, bas dan teksi. 

Bantuan untuk rakyat malaysia 2023

6. Tanggungan Bayaran Lesen B2

Kerajaan juga turut bersetuju untuk menanggung bayaran ujian memandu untuk lesen motosikal Kelas B2.

tanggungan bayaran lesen b2

7. TEKUN Belia Mobilepreneur

Skim TEKUM Belia Mobilepereneur diteruskan bagi membiayai modal anak muda terlibat dalam perkhidmatan penghantaran menggunakan motosikal. 

Tekun mobilepreneur

8. Pakej Remaja Keluarga Malaysia

Sebelum in Pakej Remaja Keluarga Malaysia pernah dijalankan untuk membantu belia mendapatkan pakej prabayar yang membolehkan mereka melanggan pelan data internet RM30 untuk tempoh 3 bulan. Inisiatif ini masih berjalan dan dilanjutkan sehingga April 2023.

Pakej Remaja Keluarga Malaysia 2023

9. Gaji MySTEP Dinaikkan RM100

Kerajaan juga mengumumkan, bermula 2023 gaji MySTEP akan dinaikkan sebanyak RM100 ringgit iaitu antara RM1500 hingga RM2100 ringgit berbanding sebelum ini RM1400 hingga RM2000.

Gaji mystep dinaikkan 2023

10. Program Usahawan Siswazah (PUSh)

Program Usahawan Siswazah (PUSh) dilaksanakan bagi memberi manfaat kepada seribu graduan untuk menceburi bidang keusahawanan.

Program usahawan Siswazah (PUSh)

11. Bantuan Awal Persekolahan (BAP) RM150

Bantuan Awal Persekolahan untuk tahun 2023 dinaikkan dari RM100 kepada RM150. Untuk pengetahuan, BAP akan diberikan kepada semua murid tanpa mengira had pendapatan ibu bapa bagi tahun 2023.

Bantuan Awal persekolahan 2023

12. Diskaun Bayaran PTPTN 

Diskaun bayaran balik PTPTN bermula 1 November 2022 hingga 30 April 2023 :
  • Diskaun 20 peratus untuk bayaran penuh pinjaman
  • Diskaun 15 peratus untuk bayaran sekurang kurangnya 50 peratus daripada baki hutang.
  • Diskaun 15 peratus untuk bayaran secara potongan gaji atau debit.
Diskaun bayaran ptptn 2023

13. Pas Bulanan My50

Pas bulanan My50 yang dijalankan sebelum ini akan diteruskan untuk membantu pengguna mengurangkan kos perjalanan menaiki pengangkutan awam.

Pas Bulanan My50 2023

13. Bantuan Kepada Pesawah Padi RM600

Bantuan untuk pesawah padi perkenalkan kembali untuk tahun 2023 dimana mereka layak mendapatkan bantuan sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 3 bulan atau semusim.

Bantuan kepada pesawah padi 2023

13. Bantuan Musim Tengkujuh (BMT) RM800

Bantuan Musim Tengkujuh atau BMT akan diberikan kepada pekebun kecil getah sebanyak RM200 sebulan untuk tempoh 4 bulan untuk tahun 2023.

Bantuan Musim Tengkujuh 2023

14. Geran One-Off RM100 Untuk Syarikat PMKS & Pemandu Teksi

Bagi membantu penjaja kecil berniaga, kerajan memberikan geran one-off sebanyak RM1000 kepada semua syarikat PMKS berdaftar dan pemandu teksi berdaftar.

Geran one off kepada syarikat PMKS dan Pemandu teksi

15. Kenaikan Gaji Tambahan Khas RM100

Kerajaan juga akan memberikan kenaikan gaji tambahan khas 2023 sebanyak RM100 kepada semua penjawat awam Gred 11 hingga 56.

Kenaikan gaji tambahan 2023

16. Bantuan Khas Kewangan RM700 & RM350

Bantuan kewangan khas sebanyak RM700 akan diberikan kepada penjawat awam gred 56 ke bawah dan RM350 untuk pesara kerajaan. Bantuan kewangan khas aidilfitri untuk penjawat awam juga dinaikkan kepada RM600 dan dibayar pada bulan Mac 2023.

Bantuan Khas Kewangan 2023

Berikut adalah antara senarai bantuan untuk rakyat Malaysia pada tahun 2023. Sekiranya ada bantuan lain yang tidak disenaraikan, korang boleh maklumkan dibahagian komen supaya aku boleh tambah dan kongsikan dengan pembaca yang lain. Aku harap dengan perkongsian ini dapat membantu korang untuk mencari informasi lebih lanjut tentang bantuan dan kemudahan yang akan diberikan kepada rakyat Malaysia pada tahun 2023.
Terbaru Lebih lama