Adakah Filem Thor Love & Thunder Akan Ditayangkan Di Disney+ Hotstar Malaysia?

Filem Marvel mempunyai ramai peminat di seluruh dunia termasuk Malaysia. Kebanyakan peminat Marvel yang tinggal di Malaysia kecewa apabila filem Thor Love & Thunder tidak akan ditayangkan Negara ini sehingga ada di antara mereka berkunjung ke negara jiran untuk menontonnya.

Menurut artikel yang dikongsikan di laman sesawang Kosmo, filem Thor Love & Thunder tidak dapat ditayangkan di Malaysia kerana mempunyai unsur LGBT serta komedi keterlaluan yang tidak bersesuaian dengan budaya masyarakat setempat. 

Namun begitu, Peminat masih lagi menunggu peluang untuk menonton filem Thor Love & Thunder di aplikasi/website Disney+ Hotstar Malaysia tetapi persoalannya adakah filem ini akan dimasukkan dalam Disney+ Hotstar Malaysia? 

Thor Love and Thur Malaysia

Menurut posting instagram Disneyplus, filem Thor Love & Thunder akan berada di aplikasi tersebut bermula 8 September 2022 tetapi persoalan samada filem ini akan ditayangkan di Disney+ Hotstar Malaysia atau tidak timbul kerana platform sosial media (Instagram)  Disney+ Hotstar Malaysia tidak mempromosikan dan tidak memasukkan filem Thor Love & Thunder dalam posting mereka.

Disney Plus Thor Love and Thunder
Credit to @Disneyplus

Disney Plus Thor Love and Thunder

Sehingga hari ini peminat masih lagi tertanya tanya samada mereka di Malaysia boleh menonton filem Thor Love & Thunder di Disney+ Hotstar Malaysia atau tidak. Ada juga yang memberi pendapat bahawa filem ini akan berada di platform tersebut kerana sebelum ini terdapat satu filem animasi bertajuk Lightyear tidak dapat ditayangkan di Malaysia tetapi ianya masih ditayangkan di aplikasi/website Disney+ Hotstar Malaysia. 

Apa pendapat korang? 
Terbaru Lebih lama