Pernah Menerima Tempahan Dari Istana, The Layers Kini ada Cafe Sendiri Di Kota Bharu

Kedai Jual Kek Pilihan Ramai di Kota Bharu, The Layers by Faris Ramly | Pertama kali aku dengar pasal Kafe The Layers ini dekat twitter sebab ada tweet yang viral tentang kek dorang yang sedap. Aku teringin nak cuba tapi tak tahu pulak lokasi Kafe The Layers dekat Kota Bharu jer. Bila dah tahu lokasi kafe, aku punya perasaan untuk mencuba sendiri kek dorang semakin membuak buak tapi tak pernah ada masa untuk terjah.

Kedai kek sedap di Kota Bharu Kelantan

Alhamdulillah baru baru ini aku sempat singgah sekejap di The Layers by Faris Ramly untuk makan tengahari. Jadi, untuk entry kali ini aku nak kongsikan pengalaman makan dekat The Layers dengan korang semua. 

Lokasi The Layers By Faris Ramly

Alamat : Lot 1931-D, Kg Rambutan Rendang, Jalan Panji, 16100 Kota Bharu, Kelantan.
Waktu Operasi : 1 PM - 10 PM (Ahad Tutup), 2 PM - 11 PM (Jumaat)

Kedai kek sedap di Kota Bharu Kelantan

Tengok dari luar pun dah nampak menarik untuk singgah especially bila tengok signboard besar gedabak dekat atas tuh. Kiranya nampak menyerlah berbanding kedai kedai lain yang ada di bahagian kiri dan kanan cafe.

Untuk pengetahuan korang, tempat duduk bahagian dalam agak terhad sebab cafe ini saiz dia comel/kecil. Hopefully one day bila dah dapat untung lebih, owner boleh besarkan lagi cafe dia so that lebih ramai lagi customer dapat dine in tapi If you don't mind, korang boleh jer duduk dekat luar cafe sebab dorang ada letakkan beberapa tempat duduk.

Senarai Makanan dan Minuman di The Layers By Faris Ramly (Menu di The Layers)

Seperti biasa, Aku akan kongsikan menu yang ada di The Layers By Faris Ramly untuk memudahkan korang membuat pilihan sebelum singgah makan dekat sana.

Menu di The Layers Kota Bharu Kelantan

Menu di The Layers Kota Bharu Kelantan

Pilihan minuman dan makanan dekat The Layers nih bagi aku ngam ngam la. Nak cakap banyak sangat pun tak, sikit pun tak, just nice! Untuk minuman tuh for example, aku suka dorang bukan hanya sediakan pilihan coffee sahaja. Ada beberapa pilihan lain untuk non coffee lover macam  yogurt smoothies series, fresh juices series, soda series dan juga refreshing tea series

Jadi, kalau ada kawan kawan atau family members yang tak suka minum coffee still boleh enjoy makan dekat The Layers sambil minum air yang dorang suka. Macam aku sendiri, aku ok jer minum coffee tapi kalau ada choices, i would be happy. Makanan? Macam biasalah kalau cafe mesti makanan western la. 

Review Apa Yang Aku Makan Di The Layers By Faris Ramly

Kita mulakan dengan minuman dulu. As for the drink, aku order Rasberry Mint sebab apa apa minuman yang ada mint for sure akan buatkan kita rasa segar and dia tak akan buatkan aku rasa kenyang dengan cepat hehe. 

Kedai Makan kek sedap di Kota Bharu kelantan

Makanan dekat sini ada beberapa pilihan tapi aku tertarik untuk mencuba Aglio Olio. Aku minta dorang letakkan ayam instead of seafood sebab aku tak suka makan udang. 

Kedai kek sedap di Kota Bharu Kelantan

Kedai kek sedap di Kota Bharu Kelantan

Marvellous! Aglio Olio dekat The Layers ini adalah antara yang sedap pernah aku makan. if i have to rate, aku bagi 8 out 10! Untuk pasta, aglio olio memang favourite aku. Tekak asia kan memang tak boleh lari dengan rasa pedas pedas, bau bawang putih dan yang penting ianya tak berat macam kita makan carbonara. 

Lagi? tak kan tuh jer. Tujuan utama aku datang ke The Layers adalah untuk mencuba kek. Ada beberapa jenis kek yang ada waktu aku datang tuh contohnya Matcha Cheese Cake, Strawberry Cheese Cake, Mango Cheese Cake, Rose Lime Cake, Red Velvet Cupcake, Oreo Cheese Cake dan lain lain. 

Bila dah banyak sangat cheese cake, aku dah pening tak tahu nak cuba yang mana tapi disebabkan aku suka mango, I went for Mango Cheese Cake. 

Kek sedap di Kota Bharu Kelantan

Kedai Kek Sedap di Kota Bharu Kelantan

Harga dia RM14 untuk satu slice. At first rasa macam patut ke aku beli kek tuh sebab pricey sebenarnya untuk rakyat marhaen macam aku tapi bila fikir balik kita tak boleh nak salahkan dorang letak harga macam tuh sebab bahan bahan yang digunakan untuk buat kek dengan kualiti yang macam ini akan memakan kos yang tinggi.

Kita boleh jer makan kek dengan harga lebih murah tapi adakah rasa dia akan sama? semestinya tidak. Macam cheese cake yang aku makan nih ya ampun sedap weh serious. Mango tuh pun dia bukan letak dekat atas kek sahaja tapi dekat dalam pun dorang letak real mango. kek dia pulak lembut jer masuk mulut. Satu combination yang menarik. Next time mungkin boleh cuba cheese cake lain pulak. 

Yang mana belum pernah datang ke The Layers By Faris Ramly, Korang kena datang untuk cuba sendiri makanan dan minuman yang ada dekat sini. Kalau masih ragu ragu, korang boleh baca review pelanggan yang pernah datang The Layers By Faris Ramly dekat google. Ramai yang bagi positive feedback! 


Terbaru Lebih lama