Apakah Reaksi Rakyat Malaysia Apabila Pasar Malam, Kedai Gunting Rambut & Pusat Cuci Dibenarkan Beroperasi?

Pasar Malam, Kedai Gunting Rambut & Pusat Cuci Dibenarkan Beroperasi | Bermula hari ini pasar malam, kedai gunting rambut atau salon dan pusat mencuci kereta dibenarkan beroperasi mengikut syarat syarat yang telah ditetapkan.

PKP kedai yang dibenarkan buka

Bagi mereka yang mempunyai kedai gunting rambut atau salon, pengoperasian kedai dibenarkan sehingga jam 10 malam tetapi hanya untuk perkhidmatan gunting rambut sahaja . Perkhidmatan seperti facial atau lain lain masih tidak dibenarkan. Begitu juga dengan pusat mencuci kereta dimana ianya hanya dibenarkan beroperasi sehingga jam 10 malam.

Untuk peniaga pasar malam pula, waktu operasi yang dibenarkan adalah bermula jam 4 petang sehingga 10 malam sahaja. 

Bagaimana Reaksi Rakyat Malaysia dengan keputusan ini?

Keputusan yang dibuat oleh kerajaan bagi membenarkan pasar malam, kedai gunting rambut dan pusat mencuci kereta beroperasi menimbulkan bermacam macam persoalan rakyat Malaysia dimana ramai diantara kita yang risau tentang SOP terutama sekali di pasar malam tetapi pada masa yang sama merasakan ianya keputusan yang bagus kerana dapat membantu peniaga mencari rezeki.

Walau pun 3 sektor perniagaan telah dibenarkan untuk beroperasi namun rakyat Malaysia lebih fokuskan kepada pasar malam kerana bimbang jika ianya tidak dapat dikawal dengan baik dan boleh menyebabkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Apa pula pendapat korang tentang perkara ini? Tinggalkan pendapat korang di bahagian komen.

Terbaru Lebih lama