Ini Senarai Kedai Yang Boleh Dibuka Bermula 10 Februari 2021 | Boleh Dine In dalam Kedai?

Kedai Apa Dibuka Semasa PKP? Kedai Makan Boleh Dine In? | Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan dengan korang semua tentang beberapa informasi berkenaan dengan sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi bermula 10 Februari 2021.

Seperti yang telah dimaklumkan, ada beberapa sektor perniagaan peruncitan yang dibenarkan beroperasi. Korang boleh tengok senarai dibawah yang saya dapatkan dari laman twitter Majlis Keselamatan Negara. 

Kalau tengok senarai yang dikongsikan, banyak juga sektor perniagaan yang dibenarkan beroperasi. Dengan pembukaan beberapa sektor perniagaan ini semestinya dapat membantu ekonomi mereka yang terjejas. Selepas sekian lama tidak menjalankan perniagaan, ini adalah berita baik buat mereka.

Selain itu, bermula 10 Februari 2021 pelanggan juga dibenarkan untuk menjamu selera di kedai makan tetapi harus mengikut SOP yang ditetapkan iaitu hanya dua orang sahaja satu meja dan perlu mengamalkan penjarakan sosial.

Bila boleh makan dekat kedai

Namun pada masa yang sama, Saya berharap peniaga dan juga pembeli diluar sana termasuk saya sendiri lebih peka dengan keadaan sekiling dan lebih serious dalam penjagaan SOP ketika berada di mana mana lokasi kedai dan tempat awam supaya kita dapat pengelakkan penularan Covid-19. 

Sekarang ini bukan masa untuk kita berdiam diri sahaja. Kalau ada nampak yang tak pakai mask atau masuk kedai tak scan, tak guna hand sanitizer atau tak gunakan MySejahtera kita kena tegur untuk kebaikan bersama. 
Terbaru Lebih lama