Nabila Razali terpaksa undur diri dari Separuh Akhir Muzik Muzik 35 | Biasanya kalau tengah bosan, saya memang akan pergi google dan tengok apa yang menarik. Tiba tiba ternampak berita mengenai penyanyi lagu Peluang Kedua, Nabila Razali yang terpaksa mengundurkan diri dari SFMM35.

Nabila Razali Tarik Diri
credit photo to ohbulan

Menurut Utusan, Nabila razali sudah mula menjalani latihan vokal dengan Dato Syafinaz sejak dari bulan september lagi. Nampaknya memang beliau sangat teruja untuk membuat persembahan di SFMM35 tapi disebabkan oleh masalah kesihatan terpaksa undurkan diri. 

Marilah kita sama sama doakan supaya urusan Nabila Razali dipermudahkan. Semoga beliau kembali sihat seperti sediakala. Untuk semua pembaca blog Luqman Zakaria, korang pun kalau tak sihat, cepat cepat ke klinik atau hospital berdekatan untuk "check up". 

Kalau dulu kita memang sentiasa jaga kesihatan, sekarang kena lebih lagi sebab keadaan dunia waktu ini sangatlah merisaukan dengan Covid 19 dan macam macam lagi.

Berbalik kepada kisah pasal Nabila Razali dan SFMM35, katanya akan ada pengganti untuk menyanyikan lagu Peluang Kedua untuk Semi Final tapi pihak pengurusan masih lagi mencari penyanyi yang sesuai. Apa pun semoga semuanya berjalan dengan lancar buat Nabila Razali dan mereka yang terlibat.

Post a Comment

Previous Post Next Post