Program TV yang pernah dihoskan oleh Sherry Alhadad | Pengacara TV Popular ABPBH33 | Baru baru ini Sherry Alhadad telah memenangi dua Anugerah di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 33 dan salah satunya adalah Pengacara TV Popular. 

Sherry Alhadad
credit photo to TV9

Jadi untuk artikel kali ini, saya akan kongsikan beberapa Program TV yang pernah dihoskan oleh Sherry Alhadad. 

Rockanova 2017 
Rancangan Realiti TV terbitan Astro yang diadakan untuk mencungkil bakat penyanyi Rock. Dihoskan bersama Alif Satar

Big Stage
Ini juga adalah rancangan Realiti nyanyian yang disiarkan di Astro tetapi ianya mengfokuskan kepada bakat bakat muda industri Tanahair yang lebih dikenali dengan nama BBNU (Budak Budak Baru Nak Up). Juga dihoskan bersama Alif Satar selama 3 Musim (1,2,3). 

Drop The Beat
Rancangan game show lip sync ini adalah terbitan Media Prima yang disiarkan di NTV7 pada tahun 2018 menampilkan 24 selebriti Malaysia yang bertanding untuk memenangi hadiah RM50,000! Rancangan ini dihoskan oleh Sherry Alhadad bersama Dennis Yin.

Muzik Muzik
Rancangan Carta Muzik Mingguan terbitan TV3 ini sudah wujud sejak tahun 1986 lagi. Pada tahun itu, Karim Muhammad dan Ida Nerina adalah hos kepada rancangan ini dan bertukar ganti sehinggalah Sherry Alhadad dan Haziq Hussni mengambil alih bermula tahun 2018 sehingga sekarang (2020).

The Sherry Show
The Sherry Show adalah rancangan bual bicara yang dihoskan oleh Sherry Alhadad sendiri dan ianya ditayangkan di TV3 pada tahun 2017 dan sehingga sekarang, tahun 2020 The Sherry Show masih bersiaran untuk menghiburkan penonton. 

Kalau nak ikutkan ada banyak lagi program TV yang pernah dihoskan oleh sherry Alhadad contohnya macam Meletop sebagai hos jemputan. 

Selain itu, Sherry pernah mengacarakan Anugerah Bintang Popular Berita Harian, Perang Bibir, Anugerah Juara Lagu dan lain lain lagi. 

Kalau ada lagi rancangan TV yang pernah dihoskan oleh Sherry Alhadad tiada dalam list yang saya share. Korang boleh kongsikan dengan pembaca blog ini dekat bahagian komen ya. 

Post a Comment

Previous Post Next Post