Zombie Train To Busan mengganas di Genting Highlands

Zombie Train To Busan mengganas di Genting Highlands | Ingat lagi tak dengan filem Train To Busan dari Korea yang blokbuster pada tahun 2016? Kutipan kasar pecah panggung untuk filem melebihi US$93 juta. Di Malaysia sahaja ia berjaya mencatatkan jualan kasar melebihi RM21 juta dan masih mengungguli senarai kutipan Korea tertinggi. Untuk korang yang tak tahu, filem Train To Busan ini mengisahkan tentang seorang bapa dan anak perempuannya yang cuba menyelamatkan diri daripada wabak zombie.

Ia kemudian digarab menjadi satu pengalaman hiper realiti unik di Rumah Seram Train To Busan. Rumah Seram menggabungkan kesan khas yang praktikal, set dengan butiran terperinci dan juga menggunakan teknologi terkini visual serta maya ini dibangunkan dengan kerjasama antara Resorts World Genting dan pakar reality maya Vividthree


Rumah Seram Train To Busan ini dibahagikan kepada beberapa bahagian dimana masing-masing memiliki aktiviti interaktif yang tersendiri. Mengikut plot daripada filem di Seoul, si ayah dan anak perempuannya memulakan perjalanan ke Busan. 


Bahagian pertama 

Rumah Seram bertemakan persekitaran Stesen Seoul. Para penumpang akan mendapati diri mereka terperangkap di stesen berkenaan, mengelak zombie dan cuba menyelamatkan diri melalui Bilik Stor, Pasar Raya, Kedai Kopi, Koridor, Laluan Tandas dan Pagar Sesat Bercermin untuk berjaya: hanya keretapi tersebut dapat menyelamatkan mereka daripada mimpi ngeri itu. Tetapi kereta api itu turut dijangkiti. 

Bahagian kedua 

Rumah Seram bahagian kedua pula akan mengambil tempat di dalam kereta api ke Busan. Sama seperti watak-watak dalam filem tersebut yang perlu mencari jalan untuk ke bahagian hadapan kereta api bagi menyelamatkan diri untuk sampai ke Busan (dimana zon kuarantin diwujudkan), penumpang Rumah Seram perlu menghadapi beberapa cabaran: perlu sampai ke Platform Kereta Api dan bahagian Gerabak Penumpang, melalui Gerabak Kargo Bahan Kimia dan Makmal CDC, sebelum selamat. Anda mungkin akan dijangkiti dan kembali menghantui mereka yang masih ada keberanian untuk meneruskan penggembaraan. Teruskan ke kawasan selamat, atau tewas ketika mencuba. 


Dua bahagian tambahan di Rumah Seram Train To Busan.  

Di dua kem induk, pengunjung yang selamat daripada hura-hara dalam kereta api boleh berperang dengan segerombolan zombie dalam permainan virtual reality dan pelbagai aktiviti interaktif lain. Ia termasuk memakai baju perisai dan menggunakan senjata dalam mempertahan kawasan kuarantin daripada serangan zombie.



Rumah Seram Train To Busan dibuka pada hari Jumaat hingga Ahad, 1 November hingga 1 Disember 2019, dan setiap hari bermula 2 Disember 2019 hingga 1 Januari 2020. Tiket pula dijual pada harga RM90 (RM80 untuk ahli Kelab Ganjaran Genting). Terdapat juga pakej kombo Rumah Seram sekali masuk bersama Pas Previu Skytropolis pada harga RM128. 

Buat pengunjung yang ingin memotong barisan, boleh berbuat demikian dengan membeli Pas Ekspres yang berharga RM30. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.rwgenting.com atau hubungi +60327181118. Untuk pemegang kad ahli BIG AirAsia, boleh layari airasia.com untuk pembelian tiket.
Terbaru Lebih lama