Pengalaman menyelamatkan bumi bersama Team Avengers di The Void Genting Highlands

Pengalaman menyelamatkan bumi bersama Team Avengers di The Void Genting Highlands | Hai korang, untuk artikel kali ini saya ingin kongsikan pengalaman bermain permainan virtual reality yang sangat menarik di The Void Genting Highlands baru baru ini. 

Marvel Studios Avengers Virtual Reality Game

Permainan virtual reality di The Void Genting Highlands yang saya cuba untuk kali ini adalah Avengers : Damage Control yang diperkenalkan oleh Marvel Studios dengan kerjasama ILMxLAB, Lucasfilm's Immersive Entertainment Studio. Permainan Virtual Reality Avengers : Damage control ini memberi peluang kepada kita untuk merasai sendiri pengalaman menjadi Hero menentang musuh bersama team Avengers yang lain.

We're always looking for new stories and corners of the universe for our characters to explore. Now, after more than a decade of amazing support, we are excited to give fans the same opportunity to be part of the Marvel Cinematic Universe. - Kevin Feige, President of Marvel Studios


Dalam permainan ini korang dan tiga lagi rakan lain akan direkrut oleh Suhri (Letitia Wright) untuk menguji rekabentuk prototaip terbarunya yang menggabungkan teknologi Wakandan dan Strark Industries tetapi apabila musuh Avengers berusaha untuk mencuri teknologi ini pasukan korang mesti menghentikan mereka. Dalam permainan ini, Pasukan korang akan bekerjasama dengan Team Avengers yang lain seperti Wasp, Doctor Strange, Ant-Man dan ramai lagi. Jom kita tengok antara scenes yang menarik untuk bagi korang teruja.


Selepas mencuba sendiri permainan ini memang saya rasa sangat berpuas hati dan ianya memang sangat menyeronokkan. Lebih lebih lagi bila dapat team yang gila gila. Team saya masa tuh tak cukup sorang tapi tak apa, tiga orang pun dah cukup untuk menyelamatkan bumi bersama Team Avengers yang lain haha. Kitorang sampai lenguh tangan nak tembak musuh . Yang bestnya sebelum mulakan  permainan virtual reality ini, kitorang akan dipakaikan jaket dan goggle. Jaket ini bukan sebarang jaket ya, kalau korang kena tembak dengan musuh dia akan vibrate haha dan goggle tuh macam biasalah fungsi dia untuk bagi korang visual. Feeling dia memang real korang. Bila musuh datang dekat pun kemain nak elak. 


Kalau korang nak tahu permainan virtual reality Avengers : Damage Control ini didatangkan dengan kesan angin dan haba. Memang terbaiklah kan! Korang boleh main permainan ini di The Void Malaysia yang berada di Genting Highlands jer. Jadi, Kalau ada peluang berkunjunglah ke Gnting Highlands untuk mencuba permainan ini dan juga menikmati aktiviti lain yang ada disana.
Terbaru Lebih lama