ReGen Rehab adalah hospital rehabilitasi swasta pertama di Malaysia

ReGen Rehab adalah hospital rehabilitasi swasta pertama di Malaysia | Regen Rehabilitation Sdn Bhd adalah sebuah syarikat hospital khas swasta pertama di Malaysia yang memfokuskan kepada perubatan rehabilitasi untuk pesakit luar dan dalam. 
Rehabilitasi atau pemulihan ialah strategi kesihatan penting untuk memanjangkankan hayat dan meningkatkan kualiti hidup

ReGen Rehab yang mula beroperasi sejak 1 Ogos 2018 ini ditubuhkan untuk memajukan pembangunan perubatan rehabilitasi di Malaysia supaya dapat memberikan penjagaan rehabilitasi yang bermutu tinggi kepada pesakit dibawah satu bumbung. Wawasan mereka adalah untuk menjadi Pusat Kecemerlangan bagi rehabilitasi di Malaysia dan Asia khusus dalam:
  • Rehabilitasi Strok
  • Rehabilitasi Neuro
  • Rehabilitasi Kognitif
  • Rehabilitasi Otot Tulang
  • Rehabilitasi Sukan
  • Rehabilitasi Kanser
  • Rehabilitasi Jantung
  • Rehabilitasi sakit dan pelbagai masalah lain

Menurut Mr. Robert Ortenzio yang merupakan ahli lembaga ReGen Rehab dan Pengasas bersama dan Pengerusi Eksekutif Select Medical, ini adalah masa terbaik untuk ReGen Rehab menceburi pasaran sebagai penyedia kemudahan rehabilitasi selepas fasa akut kerana permintaan dijangka berkembang dengan ketara pada tahun tahun akan datang.

Khidmat rehabilitasi yang baik sangat penting untuk membantu pesakit yang menderita penyakit kritikal atau kecederaan untuk memaksimumkan pemulihan fungsi - Mr Robert Ortenzio

Dengan adanya kemudahan lengkap dan selesa seperti di ReGen Rehab Hospital ini semestinya dapat membantu pesakit menjalani rawatan dengan baik dan lancar. Semasa majlis pelancaran baru baru ini aku sempat mendengar luahan dari pesakit yang menjalani rawatan disini dan alhamdulillah semuanya sangat berpuas hati dengan perkhidmatan Regen Rehab Hospital.

ReGen Rehab akan menawarkan kepakarannya kepada rakyat Malaysia menerusi 4 tunggak strategik iaitu public education, professional training, corporate and gorvernment engagement dan juga community bridging - Sue Lee, Ketua Pegawai Eksekutif ReGen Rehab

Untuk pengetahuan semua, ReGen Rehab telah mula bekerjasama dengan Pertubuhan Kesihatan Sosial (PERKESO) dan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia (ANGKASA) untuk meningkatkan kesedaran tentang rehabilitasi. Dengan adanya sokongan padu ini ReGen Rehab akan dapat meluaskan perkhidmatannya kepada seluruh rakyat Malaysia.

Kempen Let There Be Hope memberi sinar baru kepada pesakit di ReGen Rehab Hospital

Pada bulan september yang lepas, ReGen Rehab melancarkan satu kempen yang diberi nama Let There Be Hope yang melibatkan tiga orang penerima khidmat rawatan pemulihan dibawah program "Make A Wish" (melafazkan harapan) Regen Rehab (Wish Upon A Star). Ketiga tiga penerima berkongsi kisah bagaimana rawatan pemulihan di ReGen Rehab mengubah hidup mereka selepas mengalami strok, kehilangan upaya, kecederaan trauma otak dan kecederaan saraf tunjang.

Saya rasa seperti terlalu muda untuk diserang strok dan tidak tahu cara untuk menanganinya. Saya cuma boleh berjalan sejauh 5 meter dan itu pun hanya dengan bantuan oang lain. Pasukan ReGen Rehab telah membantu saya menguatkan badan supaya saya boleh berdiri dan berjalan kaki sendiri. Terapi paling berkesan ialah menguatkan bahagian bawah kaki dengan pelbagai alatan di Gymnasium. Apabila saya bangun pagi dan rasa boleh berdiri, saya mendapat semangat baharu untuk mengharungi hari dengan penuh harapan - Cik Cheam Swee Mui | 45 Tahun
Apabila seseorang yang berusia seperti saya terjatuh dan mengalami kecederaan badan ia mengubah kehidupan buat selamanya. Saya bimbang sekiranya rasa sakit yang perit dan masalah berjalan dan menggerakkan bahagian anggota atas akan kekal sepanjang hayat tetapi ReGen Rehab memastikan semua pesakit tahu bahawa langkah pertama ke arah pemulihan adalah meyakini bahawa anda boleh kembali seperti sediakala. saya gembira untuk melihat hasil rawatan disini - Cik Carol Cheah | 61 Tahun
Saya menggunakan kerusi roda apabila datang ke ReGen Rehab. Saya tidak boleh berjalan jauh, tidak boleh bercakap dengan lancar dan mengalami masalah ingatan dan perhatian. Sudah sebulan berlalu dan kini saya boleh berjalan tanpa bantuan. Dengan rawatan terapi pekerjaan dan pertuturan, daya ingatan saya bertambah baik dan saya boleh bercakap dengan lancar. Secara keseluruhan, saya gembira kerana telah mencapai kemajuan dan hakikatnya rawatan yang saya terima bertujuaan untuk memastikan saya mampu berdikari dalam jangka masa panjang - En Bahtiar | 51 Tahun

Ini membuktikan bahawa dengan menjalani rawatan rehabilitasi membolehkan pesakit  menjalani masa depan dengan harapan baharu. ReGen Rehab berharap dengan meningkatkkan kesedaran dan menggalakkan capaian kepada kemudahan rehabilitasi menerusi 4 tunggak kempen Let There Be Hope dapat mencetus tranformasi dalam persekitaran perubatan Malaysia. Jadi, untuk anda yang ingin dapatkan maklumat lanjut berkaitan ReGen Rehab Hospital boleh rujuk maklumat dibawah.

ReGen Rehab Hospital
Jalan Bersatu 13/4,
46200 Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan,
Malaysia

Waktu Operasi
Outpatient Therapy
Isnin hingga Sabtu
0830 Pagi - 0500 Petang
Klinik
Isnin hingga Jumaat
0900 Pagi - 0600 Petang
Sabtu
0900 Pagi - 0100 Tengahari
Inpatients
24 Jam
ReGen Rehab adalah hospital rehabilitasi swasta pertama di Malaysia ReGen Rehab adalah hospital rehabilitasi swasta pertama di Malaysia Reviewed by Luqman Zakaria on 9/28/2018 12:25:00 pm Rating: 5

No comments: