Pengalaman mencuba aiskrim magnum di Magnum Cafe Mid Valley Megamall

Pengalaman mencuba aiskrim magnum di Magnum Cafe Mid Valley Megamall | As i remember, Dulu masa first time makan Ice Cream Magnum nih, i was like "hmmm..sedap jugak benda alah nih". Flavour apa entah masa tuh aku dah lupa. Then, few days later, keluar iklan cakap ada new flavour will come out soon which is "Chocolate brownies". Nampak tempting gila kot. Walaweh kena try nih. 

Bila dah try tuh. Memang sedap. Tapi sampai situ jerlah experience aku dengan Magnum Ice Cream sebab lepas lepas tuh dah tak rasa nak makan dah. Bukan Magnum jer tapi ice cream lain pon sama. Mungkin sebab usia kot. Time kecik kecik dulu memang pantang nampak ice cream mesti nak tapi sekarang dah kurang sikit. Kalau usia meningkat memang macam nih ke? tettt. haha

Oklah! takmo citer panjang sangat kisah dulu dulu. Sekarang nih aku nak berkongsi sikit pasal kehangatan Magnum cafe yang menjadi kegilaan ramai orang. Pasal apa aku cakap menjadi kegilaan ramai? sebabnya memang ramai sangat sangat orang dekat cafe nih. Queue panjang giler. Luckily aku sampai awal and orang pon tak ramai sangat time tuh. After aku dah keluar tuh baru perasan orang tengah queue panjang.


First of all, aku nak mintak maaf sangat sebab aku tak sempat nak capture gambar banyak banyak sebab Phone black out. Pasrah gila time tuh. Tujuan pergi sana sebab nak share dengan korang tapi apakan daya kan. 

Tapi tetap juga ada informasi untuk korang pasal Cafe nih. Kalau korang dah biasa pergi Mid Valley guna public transport macam KTM, for sure korang akan guna escalator and masuk terus ke 1st floor. Dari sana korang boleh terus ke 3th Floor. Magnum Cafe tuh on 3th floor nearby GSC. senang jer nak jumpa.


Aku sebenarnya cuak sikit bila sampai sana sebab tak tahu concept dia macam mana kan. buat buat pandai jerlah. Kononnya pergi Usha menu dia and then ada seorang staff dia approached. Tanya aku "Ice Cream only sir?". Disebabkan aku dah usha menu tadi, aku dapat tahu yang dorang bukan Serve ice cream jer tapi beberapa snacks lain yang dorang ada macam fries, soup dan lain lain. Lepas tuh, aku cakaplah aku nak try something else as well selain ice cream. So, dia suruh aku proceed ke tingkat atas sebab kat sana sana ada banyak seats lagi.


Bila dah proceed ke level atas, aku tengok tengok menu. Macam macam ada. Untuk ice cream yang aku ordered nih bukan customized tapi yang sedia ada dalam menu. Kalau nak customize sendiri kena beratur pulak. Makan jerlah yang ada dalam menu. nampak sedap jugak. Namanya Fruity Loops. 


Meh nak story sikit apa benda yang ada kat ice cream tuh. untuk ice cream kat dalam dorang guna flavour Vanila. Chocolate pulak, korang boleh nampak kan dorang guna White chocolate. Topping ada dried mango, Freeze dried raspberries, chopped pistachio dan dark chocolate pearls.


Ini pulak Chicken Kaarage. Kan aku ada cakap yang aku nak try benda lain sama selain ice cream. Tapi sebenarnya aku nak order waffles tapi die cakap tak available. Lepas tuh aku tanya dia, waffles je ke yang tak ada. Dia cakap yer. Then aku usha la yang lain pulak, nampak red velvet apa entah nama dia, nak order yang tuh, aku panggil staff dia sebab nak order, tapi unfortunely, dia cakap not available jugak. pfft. 


Chicken karaage tadi serve dengan benda nih. Seriously tak kena dengan tekak aku. haha. Aku sepatutnya try Triffle tapi sombong tak nak order yang tuh.hehe. padam muka. Aku geram jugak sebab tak dapat nak capture interior Magnum cafe nih untuk korang sebab Deco , environment dia memang superb. Even ramai orang, aku still can chill kat dalam tuh.haha. So, nanti kalau korang pergi jangan lupa update kat blog. nak tahu jugak pendapat korang pasal Magnum Cafe nih. Selamat mencuba.

Updated : Magnum Cafe Midvalley Mall has closed down
Pengalaman mencuba aiskrim magnum di Magnum Cafe Mid Valley Megamall Pengalaman mencuba aiskrim magnum di Magnum Cafe Mid Valley Megamall Reviewed by Luqman Zakaria on 8/16/2018 06:30:00 pm Rating: 5

No comments: