Berjimat di Hari Raya dengan Sajian Bijak Raya Kimball bersama Raja Azura dan Chef Rohani Jelani

Berjimat di Hari Raya dengan Sajian Bijak Raya Kimball bersama Raja Azura dan Chef Rohani Jelani | Alhamdulillah, Kita sekarang sudah pon berada di bulan ramadan dan tak lama lagi syawal pula akan disambut. Hari Raya adalah hari dimana semua umat islam bergembira bersama keluarga dan sanak saudara, namun dengan kos sara hidup yang dialami sekarang, semestinya menjadi satu kerisauan buat para ibu diluar sana memikirkan cara berbelanja yang berhemah untuk memenuhi keperluan perayaan contohnya pakaian, perhiasan, makanan dan lain lain.
Rangkaian Produk Kimball
Untuk meringankan masalah para ibu, Kimball bekerjasama dengan dengan pencipta resepi yang cukup hebat iaitu Chef Rohani Jelani mencipta menu “Sajian Bijak Raya Kimball”. Menu ini dapat membantu para ibu menyediakan sajian Hari Raya tanpa menggunakan bajet yang tinggi. Dengan bajet RM100, lima menu hidangan Raya Kimball dapat dinikmati. Ianya terdiri daripada dua pembuka selera, dua hidangan utama dan satu pencuci mulut yang boleh memenuhi selera lapan orang.
Menu Sajian Bijak Raya Kimball
Pada 23 Mei yang lepas, aku berpeluang untuk menyaksikan demonstrasi masakan “Sajian Bijak Raya Kimball” yang telah dianjurkan bersama pengacara TV popular, Raja Azura dan Chef Rohani. Aku amat kagum dengan Chef Rohani kerana beliau mampu menyediakan hidangan yang sangat sedap dan mudah disediakan menggunakan produk dari Kimball dengan bajet yang sangat rendah iaitu RM100!
Kek Velvet Hitam Kimball

Gado Gado Raya Kimball

Ayam Masala Kimball
Lima Menu Sajian Kimball Raya

  • Gado Gado Raya Kimball
  • Taufu Sumbat Goreng Kimball
  • Nasi Kerabu Goreng Kimball
  • Ayam Masala Kimball
  • Kek Velvet Hitam 


Kimball amat memahami bahawa dengan kos sara hidup yang meningkat, ibu ibu terpaksa mencari cara yang lebih efektif bagi memaksima nilai setiap sen yang dibelanjakan dalam persediaan menyambut hari raya. Kami mencipta resepi resepi Sajian Bijak Raya Kimball ini untuk membantu ibu ibu memaksimakan belanjawan mereka. Hanya dengan RM100, mereka mampu menyediakan hidangan raya yang berkualiti untuk para tetamu. Dengan penjimatan berkenaan, mereka boleh berbelanja lebih untuk persediaan hari raya yang lain seperti duit raya, pakaian baru, perhiasan rumah dan banyak lagi” - Ms Tania Lee, Pengurus Kategori Campbell Soup Southeast Asia Sdn Bhd.
Demonstrasi Masakan dari Chef Rohani Jelani
Aku amat bertuah kerana pada hari tersebut, aku bukan hanya dapat menyaksikan demostri sahaja malah aku juga dapat rasakan sendiri kesemua hidangan yang disediakan. Personally, aku paling suka Taufu sumbat goreng Kimball dan Nasi Kerabu Goreng Kimball. Rasanya cukup sedap dan sesuai dihidangkan untuk tetamu yang menziarahi kita di hari raya.
Untuk maklumat lanjut mengenai “Sajian Bijak Raya Kimball” dan resepi resepi kimball yang mudah, jimat dan ringkas ini, bolehlah ke laman sesawang kimball atau laman facebook mereka bagi mendapatkan lebih banyak kemas kini mengenai produk produk kimball.

Website
www.kimball.com.my
Facebook
www.facebook.com/KimballMalaysia
Terbaru Lebih lama