Nikmati kelazatan Indomie, Indobowl di Tryst Cafe, SS15 Subang Jaya

Nikmati kelazatan Indomie, Indobowl di Tryst Cafe, SS15 Subang Jaya Indomie digemari oleh masyarakat indonesia dan telah menerima banyak awards termasuklah Indonesia Customer Satisfaction Award (ICSA) pada tahun 2011.  Ada banyak produk keluaran Indomie yang dijual di Malaysia tapi aku tak pernah rasa dan untuk pertama kalinya aku ke Tryst Cafe untuk mencuba sendiri kelazatan indomie.

Mambo Jumbo Indobowl Grilled Platter
Sambal istimewa yang dihidangkan bersama indomie menjadi satu tarikan yang korang tak akan dapat ditempat lain. Ada dua pilihan sambal iaitu Red Sambal dan Green Sambal. Kepada mereka yang memang sukakan pedas, aku cadangkan korang pilih Red Sambal dan pada yang tidak suka pedas boleh pilih green sambal.

Red Sambal or Green Sambal?
Hidangannya agak simple tapi to be honest memang mengenyangkan. Selain individual plate, korang boleh order Mumbo Jumbo Indobowl platter yang sangat besar dan korang boleh berkongsi platter tuh dengan kawan kawan lain. 

Mambo Jumbo Indobowl Grilled Platter
Sekiranya korang berada di area yang berdekatan dengan SS15, Subang Jaya, bolehlah ke sana untuk mencuba sendiri indo mie yang dihidangkan dengan sambal istimewa ini. Kepada korang yang tinggal jauh dari SS15 atau tak ada transport untuk ke sana, jangan risau sebab Tryst Cafe terletak berdekatan dengan LRT SS15. 

Lokasi
74, Jalan SS 15/4c, Ss 15, 47500 Subang Jaya, Selangor, Malaysia

Waktu operasi
Dibuka dari Jam 1000pg - 0100pg setiap hari kecuali hari Jumaat dan sabtu.
Jumaat : 0400ptg - 0200pg
Sabtu : 1000pg - 0200pg
Terbaru Lebih lama