Mulakan Tahun baru dengan 365 Daily Planner


Mulakan Tahun baru dengan 365 Daily Planner | Masih tinggal satu bulan lagi untuk tahun baru. Korang dah ada azam baru ke belum? Kalau belum tuh cepat cepat plan dan fikir apa yang korang nak capai untuk tahun baru nanti. Bercakap tentang azam baru dan plan ini bukannya senang kan. Kalau nak capai sesuatu mesti ada perancangan yang teratur. 

Jadi, untuk entry kali ini aku nak berkongsi tentang planner yang awesome dengan korang semua. Sekarang ini ada banyak planner yang dijual dipasaran dan 365 Daily Planner adalah salah satu yang menarik perhatian aku.


Aku beli Planner secara online dan mengambil masa lebih kurang dua minggu untuk sampai. At first risaulah jugak sebab lama sangat tapi Alhamdulillah barang selamat sampai dan semalam aku ke Setapak Central untuk pick up Planner ini.



Apa perancangan untuk tahun baru yer? hmm..Sambil sambil fikir tuh boleh tulis dalam planner ini. Langsung tak membosankan sebab di setiap muka surat mesti ada emoji emoji yang "Kawai". Jadi takdalah lemau kalau nak buka planner. ye dak?



Planner ini lengkap dengan Yearly plan, Monthly plan dan Daily plan untuk korang uruskan masa dan aktiviti dengan lebih mudah dan teratur. InshaAllah untuk entry akan datang aku akan adakan Giveaway dan hadiahnya adalah 365 Daily Planner ini. Aku harap adalah yang akan join nanti,hehe.
Mulakan Tahun baru dengan 365 Daily Planner Mulakan Tahun baru dengan 365 Daily Planner Reviewed by Luqman Zakaria on 11/30/2016 12:15:00 pm Rating: 5

No comments: