Meatballs dan Shuttle Bus PERCUMA ke IKEA Cheras

Assalamualaikum.

Kalau tak silap, IKEA Cheras dibuka pada 19 November 2015 tapi baru semalam dapat jejakkan kaki ke sana. Maklumlah masa tak mengizinkan, lepas itu kalau ada masa pon tak best kot pergi sorang sorang. Kalau pergi sekali pon nak buat apa? Sekadar cuci mata tuh oklah tapi still tak best kalau sorang kan. Kebetulan semalam kawan ajak pergi sana sebab nak pekena meatballs sambil window shopping. 


Dari LRT Chan Sow Lin kitorang naik teksi sebab langsung tak tahu pasal Free Shuttle bus untuk ke IKEA. Kalau tahu kitorang tunggu jer bas sebab tak payah nak spend duit untuk transportation. Dari LRT Chan Sow Lin ke IKEA dalam RM4.70. Dengan keadaan ekonomi kita yang nan hado ini kena berjimat sikit anda anda semua.hehe.

Selamat sampai dekat IKEA tapi tak tahu entrance celah mana. Kitorang suruh jer driver tuh drop off tepi jalan then kitorang exersice sikit cari pintu masuk. Bila dah masuk dalam IKEA haruslah usha barang barang dia walaupon tak beli apa apa sebab tujuan utama datang nak makan jer kan. 


Inilah yang kitorang makan dekat sana. Untuk dua orang. Meatballs 15 biji sorang, Ayam 2.5 sorang, lepas tuh Spring rolls suppose 2 sorang tapi misi tak berjaya sebab tak dapat nak habiskan semua. Bukan tak sedap tapi kenyang. Time nak order and amek makanan kitorang memang lapar sesangat. Semua benda rasa nak makan tapi bila dah amek tak habes plak. *Please jangan tiru perangai kami

Bila dah kenyang tuh, kitorang lepak lepak sekejap sambil bercerita pasal kehidupan kitorang yang sendu nih  tapi tiba tiba plak mengantuk. Kalau tunggu lama lama boleh tertidur dekat meja makan, kitorang terus keluar dari IKEA kengkonon nak tahan teksi nak balik ke LRT Chan Sow Lin. Tengah tengah berjalan tuh aku ternampak Jadual Shuttle bus. Dari situlah aku tahu pasal perkhidmatan Free Shuttle bus ini. 


Bila dapat tahu pasal ini, kitorang decide untuk tunggu bas instead of amek teksi sebab kebetulan waktu tuh bas pon dah ada. Bas yang disediakan memang mengikut waktu yang ditetapkan kalau korang decide nak amek bas, kena punctual! 


Tak sangka pulak ramai yang menggunakan perkhidmatan bas ini, ingatkan dua tiga orang jer sebab waktu tengah tunggu bas tak ramai sangat orang. Kepada korang korang semua yang nak ke IKEA Cheras tapi tak ada transport jangan risau yer naik jer public transport yang disediakan. 

Meatballs dan Shuttle Bus PERCUMA ke IKEA Cheras Meatballs dan Shuttle Bus PERCUMA ke IKEA Cheras Reviewed by Luqman Zakaria on 2/04/2016 07:00:00 am Rating: 5

No comments: