Tanda Tanda Brake Pad Kereta Perlu Ditukar! | Salah satu penyebab kemalangan jalan raya adalah berpunca daripada pad brek (Brake Pad) yang tidak berfungsi dengan baik.

Jadi, sebagai pengguna kereta kita seharusnya memeriksa keadaan brek untuk memastikan samada ianya masih berfungsi dengan baik atau pun sebaliknya.

bila brake pad perlu ditukar

Sejujurnya, saya pun bukanlah seorang yang pakar dalam hal berkaitan dengan kereta tetapi ianya menjadi satu tanggungjawab untuk memastikan kereta yang saya guna dijalan raya tidak membahayakan diri sendiri dan pengguna lain.

Bila perlu tukar brake pad?

Macam mana nak tahu brake pad kereta sudah berada ditahap yang memerlukan kita untuk menukarkannya dengan yang baharu? Sebagai langkah berjaga jaga korang boleh periksa keadaan brek dengan cara yang saya kongsikan dibawah.

  • Bunyi brek
  • Periksa lampu indikator di panel meter
  • Periksa keadaan brek secara visual
  • "Alert" dengan perubahan yang berlaku ketika memandu

Bunyi Brek

Salah satu tanda yang menunjuk pad brek kereta korang menipis dengan jayanya (hehe) adalah apabila ia mengeluarkan bunyi nyaring yang agak kuat. 

Ini kerana apabila pad brek menipis, pelapik besi pada pad brek tersebut akan bergesel dengan cakera brek.

Bila perlu tukar brake pad
Cakera Brek

Jadi, kalau korang mendengar bunyi seperti logam bergeser dibahagian tayar, terus bawa kereta ke bengkel yang berdekatan untuk melakukan pemeriksaan lanjut. Kalau perlu tukar, korang tukarlah.


Periksa Lampu Indikator Di Panel Meter

Ini adalah cara yang paling senang untuk periksa keadaan pad brek kereta. Sesetengah kereta dilengkapi dengan lampu amaran untuk pad brek. 

Sekiranya pad break sudah menipis dan perlu ditukar, lampu tersebut akan menyala pada pada meter.

 

Periksa Keadaan Pad Brek Secara Visual

Maksudnya disini, korang periksa sendiri keadaan pad brek korang. Ketebalan pad brek boleh diperiksa tanpa perlu membuka tayar. Korang hanya perlu melihatnya melalui celahan rim tayar. 

bila brake pad perlu ditukar
Pad Brek/Brake Pad

Sekiranya ia nampak nipis, korang perlu ke bengkel dengan kadar segera untuk menukarnya dengan yang baru.


"Alert" Dengan Perubahan Yang Berlaku Ketika Memandu

Memandu kereta ini bukan sekadar memandu sahaja. Kadang kadang tuh kita kena alert juga dengan keadaan sekeliling contohnya berlaku gegaran  bila korang tekan brek ketika memandu. Ianya adalah salah satu tanda pad brek mengalami masalah.

Berikut adalah empat (4) tanda Pad Brek (Brake Pad) kereta korang perlu ditukar. Walau pun kita tidak begitu mahir tentang kereta, memeriksa keadaan brek adalah antara perkara "basic" yang semua pengguna kereta perlu tahu.

Saya harap dengan perkongsian yang ringkas ini boleh membantu korang untuk memeriksa keadaan pad brek dengan cara yang mudah dan sekiranya terdapat sebarang masalah dengan kereta, bertanyalah kepada mereka yang lebih mahir/pakar. Nak lagi senang korang pergilah ke mana mana bengkel berdekatan untuk membuat pemeriksaan lanjut.

Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama