Kurus dan Sihat dengan mengamalkan Diet Suku Suku Separuh

Kurus dan Sihat dengan mengamalkan Diet Suku Suku Separuh | Mempunyai berat berlebihan akan memberi kesan kepada kesihatan tubuh badan kita. Jadi, untuk mengurangkan masalah berat badan adalah dengan mengamalkan diet yang sihat dan seimbang.

Ada pelbagai jenis diet yang diperkenalkan bagi membantu kita mengurangkan berat badan berlebihan tapi untuk kali ini saya akan fokuskan kepada Diet Suku Suku Separuh.

Apa itu Diet Suku Suku Separuh?

Makan mengikut kategori kumpulan makanan yang ditetapkan dengan kuantiti yang betul

Saya yakin korang mesti "familiar" dengan piramid makanan yang telah dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. betul tak? Jadi, secara ringkasnya diet suku suku separuh dibuat berdasarkan piramid tersebut.

Cara cara diet untuk kurus

Diet ini disarankan oleh doktor  ketika saya ke klinik beberapa bulan yang lepas. Doktor menasihati saya untuk mengurangkan berat badan dengan mengamalkan diet suku suku separuh kerana ianya adalah satu kaedah diet yang seimbang.

Terdapat empat (4) Kategori makanan yang ada dalam piramid makanan iaitu :
  • Aras 1 : Nasi, mi, roti, bijirin, produk bijirin dan ubi-ubian (makan secukupnya)
  • Aras 2 : Buah buahan dan Sayuran (makan banyak)
  • Aras 3 : Ikan, ayam, daging, kekacang, susu dan produk tunusu (makan sederhana)
  • Aras 4 : Lemak, minyak, gula dan garam (makan sedikit)

Cara untuk mengamalkan diet suku suku separuh (DSSS).

Kunci untuk mengamalkan diet suku suku separuh adalah dengan memahami apa yang disampaikan oleh piramid makanan. Kita wajib tahu kategori makanan yang mana perlu dimakan dengan kuantiti yang banyak atau sederhana dan kategori mana yang perlu dikurangkan.

Selepas itu barulah kita boleh bahagikan makanan dalam pinggan kepada tiga (3) bahagian mengikut diet suku suku separuh seperti dalam gambar yang saya kongsikan dibawah.

diet untuk kurus dan sihat

Satu pinggan makanan yang sihat dan seimbang harus mengandungi karbohidrat, protein dan fiber yang mencukupi. 

Karbohidrat 

Sumber karbohidrat yang menjadi pilihan rakyat Malaysia adalah nasi. Nasi merupakan makanan rugi yang diambil setiap hari tetapi korang kena ingat! mengikut diet suku suku separuh, nasi hanya boleh diambil suku pinggan sahaja. 

"Suku jer? mana cukup kalau makan banyak tuh"

Tak dinafikan kalau makan sikit macam tuh saya pun tak kenyang tapi kita masih ada dua lagi ruang kosong pada pinggan yang boleh diisi dengan kategori makanan yang lain. 

Protein

Selain karbohidrat, kita juga perlukan protein dalam badan. Protein boleh didapati dari dua sumber yang berbeza iaitu haiwan dan tumbuh tumbuhan.
  • Haiwan - Ikan, Daging, Ayam & Telur
  • Tumbuh Tumbuhan - kekacang, Tofu dan banyak lagi.
Dalam diet suku suku separuh, protein juga diambil suku pinggan sahaja. Kalau korang memilih untuk makan ayam atau daging, pastikan korang memilih bahagian yang kurang lemak dengan cara membuang kulit ayam atau lemak pada daging yang ingin di masak.

Fiber/Serat

Separuh pinggan lagi perlu dipenuhi dengan serat yang datang dari buah buahan dan sayur sayuran. 

Kita disarankan untuk makan sayur dan buah kerana ianya sangat bagus untuk kesihatan. Pengambilan buah dan sayur dapat membantu mencegah penyakit seperti kencing manis, penyakit jantung dan lain lain lagi. 

Lemak, Gula, Minyak dan Garam

Mengikut piramid makanan, lemak, gula, minyak dan garam berada di aras paling tinggi. Ini menunjukkan ianya perlu dikurangkan dalam pemakanan kita. 

Pengambilan yang berlebihan akan mendedahkan kita kepada penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, obesiti dan lain lain lagi.

Maka dengan itu lengkaplah satu pinggan kita dengan makanan yang sihat dan seimbang. Oh ya, untuk air pulak kalau boleh elakkan minuman yang bergula. Kalau nak pun mungkin boleh sekali sekala sahaja sebab rugilah kalau dah makan makanan yang sihat kita masih minum minuman yang bergula kan.


Susah Ke Nak Amalkan Diet Suku Suku Separuh?

Pada pendapat saya, Diet suku suku separuh adalah antara konsep diet yang sangat mudah untuk diikuti dan yang paling penting ianya adalah diet yang seimbang.

Diet ini lengkap dengan sumber karbohidrat, protein dan serat yang boleh membantu tubuh badan kita untuk sentiasa berada dalam keadaan sihat. Kurus sahaja tak guna jugak kalau tak sihat kan. betul tak?

Jadi, kalau korang sedang mencari kaedah diet yang paling mudah untuk diikuti, diet suku suku separuh adalah jawapannya.

Kepada pembaca blog luqman zakaria yang sedang dalam proses untuk mengurangkan masalah berat badan, saya doakan korang supaya dapat mencapai berat ideal yang diidamkan. 
Terbaru Lebih lama