Masak Bubur Asyura | Makan bubur asyura dalam tempurung

Masak Bubur Asyura | Makan bubur asyura dalam tempurung | Assalamualaikum dan Salam sejahtera kepada semua pembaca blog luqman zakaria. Untuk artikel kali ini, saya nak kongsikan pengalaman membuat bubur asyura bersama dengan penduduk di kampung. 

Walaupun sekarang ini kita semua masih lagi berhadapan dengan covid-19, Alhamdulillah dengan izinNya kami masih lagi dapat menyiapkan bubur asyura untuk diagihkan ke Masjid dan mereka yang turut membantu dalam proses memasak bubur kali ini.

Bubur Asyura dalam tempurung dan sudu daun nenas.

Satu pengalaman yang agak menarik kerana proses untuk memasak bubur asyura memakan masa yang agak lama. Kami memulakan aktiviti memasak dari 7 pagi sampailah jam 2 petang barulah bubur asyura masak. Nasib baik ada ramai yang membantu kalau tak rasanya boleh sado tangan kacau sorang.

Aktiviti memasak bubur asyura pada kali ini agak menarik kerana masing masing cuba menghidupkan balik suasana makan bubur asyura dalam tempurung dan menggunakan daun nenas sebagai sudu. Semasa menunggu bubur asyura masak, beberapa orang dari kami membersihkan tempurung untuk digunakan sebagai pinggan untuk meletakkan bubur. 

Makan bubur asyura menggunakan tempurung adalah perkara biasa bagi mereka yang lebih berusia. Apabila tradisi seperti ini masih diterapkan pada zaman sekarang ianya menjadi sangat menarik dan pada masa yang sama boleh berkongsi pengalaman makan bubur asyura dalam tempurung dengan kanak kanak generasi Z.

Terbaru Lebih lama