Pakej perkahwinan lengkap dan murah dari Ambassador Putrajaya

Pakej  perkahwinan lengkap dan murah dari Ambassador Putrajaya | Salah satu topik hangat yang sering kali dibincangkan dalam menjayakan majlis perkahwinan adalah bajet. Kos untuk menyediakan kelengkapan majlis perkahwinan boleh menjadi sangat tinggi sekiranya korang tidak menguruskan hal tersebut dengan baik. Jadi, untuk artikel kali ini aku nak berkongsi tentang pakej perkahwinan termasuk dewan yang lengkap dan murah dari Ambassador Putrajaya supaya dapat membantu korang memilih pakej yang sesuai dengan bajet yang korang ada.

Aku pernah berkunjung ke Ambassador Putrajaya sebelum ini untuk melihat sendiri pakej perkahwinan yang disediakan dan pada masa yang sama jugak aku berpeluang untuk mencuba makanan yang sangat sedap dan menyelerakan disediakan khas oleh Ambassador Putrajaya kepada tetamu yang hadir. 

Kenapa perlu ambil pakej dari Ambassador Putrajaya untuk majlis perkahwinan Anda?

Salah satu sebabnya adalah promosi! Sekarang ini Ambassador Putrajaya sedang mengadakan promosi hebat untuk bakal raja sehari yang sedang mencari pakej dewan yang lengkap dan murah. Promosi ini diadakan sempena ulang tahun mereka yang kedua dimana korang berpeluang untuk dapatkan diskaun sehingga RM10,000 untuk tempahan 800 pax beserta dengan perkhidmatan jurugambar (Photographer) secara Percuma!. Antara sebab lain kenapa perlu ambil pakej dari Ambassador Putrajaya untuk majlis perkahwinan korang adalah :

  • Pakej perkahwinan lengkap hanya RM25,000 sahaja untuk 800paxs
  • Hanana Group Sdn Bhd berpengalaman dalam mengendalikan majlis
  • Rasai dekorasi exclusive mereka untuk bakal raja sehari
  • MUA yang sangat profesional
  • Busana yang baru baru untuk anda
  • Kemudahan surau di aras 3
  • Lokasi dewan yang strategik
  • Dewan di tingkat bawah sahaja
  • FOC Photographer - dapat album dan gambar poster
  • Ramusaji yang berpengalaman dan terlatih
  • Dekorasi Meja beradab yang cantik
  • Food Tasting disediakan (Open day Hanana Group Sdn Bhd)

Pakej ini sangat murah dan berbaloi untuk majlis perkahwinan korang. Tak perlu bebankan fikiran dengan bermacam macam perkara yang berkaitan dengan dewan kahwin sebab dewan baru yang disediakan oleh Ambassador Putrajaya sangat lengkap dan berhawa dingin. Korang akan rasa seolah olah berkahwin di grand ballroom 5 bintang. Kerusi yang digunakan semuanya kerusi chavalry gold. Anggota RELA pun disediakan untuk menjaga trafik. Makanan yang dihidangkan oleh mereka pula sangat berkualiti, sedap dan yang paling penting halal. Cakap pasal makanan ini aku ada satu benda nak share.


Hanana Group Sdn Bhd mengadakan Hari Terbuka dan Food Tasting untuk semua orang secara Percuma!

Inilah peluang korang untuk datang tengok pakej perkahwinan lengkap dan murah dari Ambassador Putrajaya. Pada masa yang sama korang juga boleh mencuba sendiri makanan yang sedap dan berkualiti dari mereka. Tak rugi pun datang open day ini sebab korang boleh face to face dengan staff mereka dan tanya apa sahaja soalan yang korang nak tahu berkaitan dengan pakej mereka. Aku yakin Ambassador Putrajaya ada lagi pakej menarik yang boleh dikongsikan dengan korang nanti. Dekat bawah ini aku kongsikan info berkaitan food tasting dan open day dari Hanana Group Sdn Bhd supaya senang nanti nak contact :


Untuk korang yang nak datang boleh hubungi nombor telefon yang aku kongsikan dekat bawah ini untuk maklumkan kepada mereka waktu kehadiran dan bilangan tetamu yang akan hadir (maximum 5 orang) supaya senang untuk mereka uruskan majlis dengan lebih lancar.

Hubungi staff Ambassador Putrajaya untuk sebarangan pertanyaan

Seperti yang aku bagitahu, aku pernah pernah ke Ambassador Putrajaya dan kali ini pun aku tak akan lepaskan peluang untuk datang menikmati hidangan yang disediakan sambil ditemani oleh suasana dewan yang sangat cantik dan selesa.

Fakta yang perlu korang tahu tentang Ambassador Putrajaya

  • Pejabat dibuka dari jam 0900 Pagi hingga 0600 Petang.
  • Perkhidmatan Pakej lengkap perkahwinan ini juga boleh dibuat ditempat korang contohnya rumah, hotel, dewan dan juga tempat sewaan korang sendiri.
  • Ambassador Putrajaya juga boleh menyediakan majlis perkahwinan dan persandingan pada hari yang sama (Sebelah pagi dan Tengahari - Petang).
  • Harga pakej mereka bergantung kepada pilihan korang.


Hari terbuka dan Food Tasting Hanana Group di Ambassador Putrajaya 

Akhirnya dapat juga aku pergi Ambassador Putrajaya sekali lagi selepas sekian lama tak menjejakkan kaki ke sana. Last rasanya bulan ogos tahun lepas untuk majlis food tasting dan hari terbuka juga. Benda pertama yang aku "aim" adalah makanan dorang especially Kambing grill.


Dua kali tambah ya bila makan kambing grill yang Ambassador Putrajaya sediakan. Memang puas hati dan berbaloi sangat pergi. Selain kambing grill, ada banyak lagi hidangan yang ada contohnya macam kuih muih, laksa, apam balik nipis, putu piring, char kuey teow dan ayam gunting. 





Datang ke food tasting dan hari terbuka Hanana Group Sdn Bhd ini sangat best sebab korang dapat rasa macam pergi majlis kahwin. Dewan Ambassador Putrajaya dihias lengkap dengan pelamin dan juga tempat makan beradab yang sangat cantik.



Cantik kan! Dua tempat ini memang jadi tumpuan mereka yang datang hari tuh. Semua orang nak bergambar dengan pelamin dan meja beradab yang mereka sediakan ini sambil menikmati makanan utama yang dihidangkan didalam dewan seperti ayam masak merah, daging masak hitam, papadom, acar, buah buahan dan macam macam lagi.




Selain makan makan, Korang juga boleh dapatkan maklumat berkaitan dengan pakej. Kalau korang nak tahu, Puan Norfazlin (Pemilik Hanana Group Sdn Bhd) dan staff Ambassador Putrajaya juga turut bersama di majlis ini bersiap sedia untuk berkongsi dengan tetamu yang datang berkaitan dengan pakej pakej yang ada. 

Selain pakej dewan Ambassador Putrajaya yang aku kongsikan dalam artikel ini, mereka ada dua lagi pakej dewan yang menarik untuk korang semua iaitu pakej dewan Luga De La Boda Puchong dan pakej dewan Digarhayu yang juga berada di Putrajaya. Untuk maklumat lanjut berkaitan pakej ini korang boleh ke laman rasmi mereka di www.hananagroup.com .
Terbaru Lebih lama