Cara untuk upload video yang lebih panjang di IGTV

Pada 26 Jun 2018 instagram telah melancarkan instagram tv atau lebih dikenali dengan nama IGTV dimana korang boleh memuatnaik video yang lebih panjang berbanding instagram stories. Ciri terbaru dari instagram ini sangat menarik untuk digunakan tetapi ada beberapa perkara yang perlu korang tahu contohnya apakah syarat yang perlu korang ikut untuk mengunakan igtv? bagaimanakah cara untuk memuatnaik video di igtv? semuanya akan terjawab dalam artikel untuk kali ini.


Apakah syarat muat naik video di IGTV?

Antara syarat yang perlu korang tahu adalah dari segi durasi video dan juga jenis video yang dimuatnaik. Durasi/panjang video yang korang muat naik mesti sekurang kurangnya 1 minit.

Bagi korang yang mempunyai jumlah followers yang kecil, durasi video yang boleh dimuat naik adalah antara 1 minit hingga 15 minit sahaja.

Xtra info : sebelum ini, durasi  untuk upload video di instagram tv adalah 15 saat hingga 10 minit sahaja untuk pengguna instagram yang mempunyai jumlah followers yang kecil tetapi telah diubah kepada 1-15 minit.

Nota : mesej yang akan keluar pada skrin sekiranya korang upload video yang lebih dari 15 minit untuk pengguna instagram yang mempunyai followers yang kecil.

Pengguna instagram yang mempunyai jumlah followers yang lebih besar (10 ribu followers sebagai contoh) korang boleh memuat naik video sehingga 60 minit. 


Nota : mesej yang keluar pada skrin sekiranya korang upload video yang lebih dari 15 minit untuk pengguna instagram yang mempunyai followers yang lebih besar.

Cara upload video di IGTV

Untuk pengetahuan semua, video berdurasi 1 minit hingga 15 minit boleh dimuat naik menggunakan smartphone tetapi untuk video berdurasi 15 minit keatas hanya boleh dimuat naik menggunakan desktop (laptop atau pc). Jadi, sekarang ini aku akan tunjukkan kepada korang semua langkah langkah untuk memuat naik video menggunakan smartphone dan juga desktop.

Upload video di IGTV menggunakan smartphone (Peranti mudah alih) - cara upload video di IGTV


Upload video di IGTV menggunakan desktop (laptop & PC) - cara upload video di igtv



Cara untuk upload video di igtv sememangnya sangat mudah kan. Syarat yang diperlukan juga tidaklah rumit. Jadi, jom kita gunakan igtv ini untuk berkongsi lebih banyak video di instagram dan jadikan ia lebih menarik untuk tontonan followers kita. Sampai disini sahaja perkongsian aku berkenaan dengan igtv. Sekiranya korang ada soalan, boleh tinggalkan dibahagian komen atau dm aku di instagram. (Instagram handle : @luqmannzakaria) dan jangan lupa follow ok. hehe
Terbaru Lebih lama