Mykad hilang! Peringatan untuk semua

Assalamualaikum.

Ingat lagi tak entry Denda RM1000 untuk ganti Kad Pengenalan (MyKad) yang hilang? Entry itu aku share dengan korang semua bulan dua tahun ini which is masih baru lagi kan. Guess what? Kali ini MyKad aku hilang for real. Hilang pulak time akaun bank tengah berhabuk. Satu malam cari tapi hasil dia nan hado.

Yang parahnya bukan MyKad jer hilang tapi dompet, duit, kad bank dan lain lain pon tak ada. First thing aku buat, aku rushed ke balai polis untuk lodge a report tapi malangnya malam tuh balai polis tutup. Malas nak fikir negatif aku terus balik rumah lepas itu aku call bank untuk block semua kad bank yang ada *satu jer pon ada actually.haha.

Masa itu dah nak dekat midnight, besoknya plak aku kerja shift pagi. Jadi aku decide untuk buat report polis lepas balik kerja. Walau pon MyKad korang hilang bukan sebab kena rompak, you guys still kena buat report sebab kalau apa apa jadi nanti korang ada prove yang MyKad korang hilang.


Nasib baik ada UTC dekat area aku ini, ,kalau tak mereput jugaklah nak ulang alik jauh jauh untuk selesaikan isu Mykad hilang nih.Sekali lagi aku nak ingatkan semua termasuklah aku sendiri. Jagalah Mykad sebaik yang mungkin kalau tak nak duit melayang. Dompet hilang duit hilang lepas tuh nak buat Mykad baru pon nak guna duit. Tak pasal pasal duit melayang berganda ganda.huhu.
Mykad hilang! Peringatan untuk semua Mykad hilang! Peringatan untuk semua Reviewed by Luqman Zakaria on 9/11/2016 08:50:00 am Rating: 5

No comments: