3 Kebaikan Buah Betik yang korang perlu tahu!

Kebaikan Buah Betik yang korang perlu tahu! | Dalam piramid makanan, buah buahan berada ditangga kedua bersama dengan sayur sayuran. Ianya menunjukkan bahawa buah buahan sangat penting dalam pemakanan kita. 

apa kebaikan buah betik

Makan sekurang kurangnya 2 sajian buah buahan & 3 sajian sayur sayuran setiap hari 

Salah satu buah yang menjadi kegemaran saya adalah betik. Jadi, untuk artikel kali ini saya ingin kongsikan tentang kebaikan buah betik dengan korang semua.

Apakah kebaikan buah betik?

Selama ini saya tahu makan jer sebab rasa buah betik sangat sedap. Bagi korang yang tidak menggemari atau jarang makan buah betik, mungkin artikel yang menekankan tentang kebaikan buah betik ini dapat mengubah fikiran korang.

1. Kaya Dengan Vitamin.

Menurut laman sesawang webmd.com, satu biji buah betik yang besar mengandungi kandungan vitamin C yang agak tinggi iaitu sebanyak 235 miligrams. Selain itu, ianya juga kaya dengan vitamin A, kalsium dan Potassium. 

2. Meningkatkan Kesihatan Pencernaan.

Korang tahu tak buah betik juga tinggi dengan kandungan serat dan air. Jadi, buah betik dapat membantu mencegah sembelit dan seterusnya meningkatkan kesihatan saluran pencernaan. Kandungan enzim papain dalam buah betik juga turut membantu untuk merawat jangkitan, cirit birit dan alergi.

3. Baik Untuk Kesihatan Kulit

Buah betik juga baik untuk kesihatan kulit kita. Menurut laman sesawang healthline.com, buah betik dikatakan mampu mengurangkan masalah kedutan kerana buah ini kaya dengan antioxidant. Selain itu, ia juga dapat mengawal masalah jerawat dan merawat melasma.

Berikut adalah tiga kebaikan buah betik yang perlu korang semua tahu. Kalau sebelum ini tahu makan jer macam saya, sekarang dah tahu beberapa kebaikan yang korang akan dapat bila makan buah betik. Semoga dengan perkongsian ini dapat memberikan manfaat kepada semua orang yang membacanya.

Rujukan 

1. https://www.healthline.com/nutrition/8-proven-papaya-benefits
2. https://www.medicalnewstoday.com/articles/275517
3. https://www.healthline.com/health/food-nutrition/papain
4. https://www.healthline.com/health/papaya-benefits-for-skin
Terbaru Lebih lama