Rancangan Dewi Remaja tidak perlu diperkenalkan lagi kerana ianya adalah program yang popular sejak dari tahun 1985 lagi. Rancangan Dewi Remaja telah berjaya melahirkan banyak selebriti yang berkualiti seperti Scha Al-Yahya, Neelofa, Izara Aishah, Anzalna Nasir dan ramai lagi.
Credit to Remaja
Dewi Remaja pada tahun 2022 masih diteruskan lagi untuk mencari bakat baru yang berkualiti supaya dapat memeriahkan lagi industri hiburan kerana pada pendapat aku Dewi Remaja adalah salah satu rancangan atau program yang boleh membantu mereka untuk memulakan karier sebagai selebriti.
Senarai Pemenang Dewi Remaja 2022
Pada 3 September 2022, Hari bersejarah dimana Finale Dewi Remaja 2022 telah diadakan dan boleh ditonton menerusi saluran Astro Ria 104 dan Astro Go.
Pada malam Finale Dewi Remaja 2022 akan diumumkan tempat keempat, ketiga, kedua, juara dan beberapa kategori lagi seperti Anugerah Khas Dewi Activ kinohitmitsu, Dewi Favourite dan Dewi Inspirasi.
Siapakah yang bakal menjadi Juara Dewi Remaja 2022? Berikut adalah senarai Penuh Pemenang Dewi Remaja Tahun 2022 :
- Juara Dewi Remaja 2022 - Tracie
- Tempat Kedua Dewi Remaja 2022 - Bee Aishah
- Tempat Ketiga Dewi Remaja 2022 - Kimberly
- Tempat Keempat Dewi Remaja 2022 - Alyssa
- Anugerah Khas Dewi Activ kinohitmitsu - Alyssa
- Dewi Favourite - Tracie
- Dewi Inspirasi - Keeran
Tahniah diucapkan kepada semua pemenang dalam semua kategori yang dipertandingkan. Pada yang tidak berjaya jangan risau kerana peluang korang dalam industri masih lagi terbuka luas.
Credit to Dewi Remaja
Buktinya ada beberapa peserta Dewi Remaja yang lepas tidak mendapat tempat dan membawa pulang trofi tetapi mereka masih lagi berkarya dan mendapat tempat dihati peminat diluar sana.
Senarai Peserta Dewi Remaja 2022
Terdapat 16 Peserta yang berjaya menempatkan diri mereka dalam Rancangan Realiti Dewi Remaja 2022. Korang boleh rujuk senarai nama peserta Dewi Remaja 2022 seperti yang tertera.
- Nurshafeera Reezlyn Shamsul Azhar (Reezlyn) 18 Tahun
- Dina Allysha Aminudin (Dina) 21 Tahun
- Melissa Quek Ai Ying (Melissa) 20 Tahun
- Nur Hailee Izzati Mohd Azimzim (Hyeley) 23 Tahun
- Siti Auni Safiya Ysuri (Auni) 22 Tahun
- Fifi Filan Tisya Mohd Zain (Fifi) 20 Tahun
- Keeranjit Kaur Darpit Singh (Keeran) 25 Tahun
- Malle Christian Anderson Barlus (Malle) 24 Tahun
- Siti Nur Aishah Bee Md Nor (Bee Aishah) 22 Tahun
- Zafira Natasya Yong (Zafira) 21 Tahun
- Wan Nurul Eiman Wan Zulkifli (Eiman) 24 Tahun
- Kimberly Chuah (Kimberly) 22 Tahun
- Noor Alyssa Ahmad Azim (Alyssa) 20 Tahun
- Tracie Sinidop (Tracie) 21 Tahun
- Nur Rasyiqah Johan (Rasyiqah) 20 Tahun
- Janani Baskaran (Janani) 24 Tahun