5 Filem Malaysia Dengan Kutipan Terendah (Trailer dan Poster)

10 Filem Malaysia Dengan Kutipan Terendah | Selepas melihat betapa banyaknya kutipan yang diperolehi oleh filem Syamsul Yusof, Mat Kilau. Aku terus google dan tengok beberapa filem lain yang pernah mendapat kutipan yang paling banyak dalam sejarah filem Malaysia. Antara yang termasuk dalam senarai adalah Hantu Kak Limah, Paskal, Boboiboy Movie 2 dan beberapa lagi. 

Menghasilkan filem bukannya mudah dan tidak semua filem yang dihasilkan mendapat sambutan menggalakkan dari penonton sehingga membuatkan ianya mendapat kutipan yang sangat rendah dan tidak memuaskan. 

Mungkin korang semua tertanya tanya, Apakah yang filem yang mendapat kutipan terendah di Malaysia? Dalam artikel kali ini, aku akan kongsikan 10 filem yang tersenarai dalam filem malaysia dengan kutipan terendah bersama poster dan trailer.

10 Filem Malaysia Dengan Kutipan Terendah (Trailer dan Poster)

1. Bidong : The Boat People (Kutipan RM3,536)

Menurut laman sesawang wikipedia, filem Bidong : The Boat People dihasilkan pada tahun 2018 dengan bajet sebanyak RM1.3 Juta. Filem ini dibintangi oleh Taufiq Hanafi, Irene Wong, Livonia Ricky Guing, Man Raja Lawak, Lawrence Poh, Abby Nour dan dianya diarahkan oleh Yusuf Kelana terbitan YKS Film Sdn Bhd. 



Filem yang mengisahkan tentang seorang gadis yang ingin kembali ke Pulau Bidong untuk peringati detik kelahirannya di pulau tersebut. 
 

2. Mendidih Bro (Kutipan RM4,090)

Filem aksi/romantik yang diarahkan oleh Z. Lokman ini ditayangkan pada 31 Ogos 2017. Mendidih Bro dibintangi oleh beberapa pelakon yang dikenali ramai seperti Azrel Ismail, Julianna Evans, Amy Mastura, Adrea Abdullah, Yank Kassim, Marlyn Guinto termasuklah Z. Lokman sendiri.



Mengisahkan tentang seorang lelaki bernama Adi yang memenangi pertandingan filem pendek di universitinya. Selepas kemenangannya itu, dia diberikan tugas untuk menjalankan dokumentari tentang orang asli. Dengan bimbingan Profesornya, Adi memilih untuk membuat dokumentari tersebut di Filipina. Dari situlah bermulanya cabaran dan dugaan yang perlu dihadapinya.


3. Enjin No. 9 (Kutipan RM7,566) 

Filem yang bergenre komedi ini diarahkan oleh Raja Azmi dan dibintangi oleh Kazar, Tajul, Syarifah Syahira, Dottie, Hafiz Bahari dan ramai lagi. 




Enjin No. 9 mengisahkan tentang Pak Leman yang dilakonkan oleh Kazar. Pak Leman adalah seorang yang sudah berumur tetapi masih mencuba untuk berkahwin lagi walau pun sebelum ini dia pernah berkahwin sebanyak 8 kali.

4. Bella & Jamie (Kutipan RM9186.50)

Filem Bella & Jamie ini adalah terbitan dari Mermaid Studios yang diarahkan oleh Fairul Nizam Ablah dan Ghaz Abu Bakar. Pelakon utama pula adalah Liyana Jasmay, Juliana Evans dan dibantu oleh beberapa pelakon lain seperti Izzue Islam, Khir Rahman, Sharifah Nadia, Dynas Mokhtar dan Bell Ngasri.



Hubungan persahabatan antara Bella (Liyana Jasmay) dan Jamie (Juliana Evans) bertambah rapat apabila dorang dapat tahu yang bapa jamie dan ibu bella akan berkahwin tapi hubungan mereka berdua menjadi masalah apabila bella dapat tahu jamie mempunyai hubungan dengan bekas kekasihnya. 

5.  7 Hari Kisah Cinta Langkawi (Kutipan RM11,967)

Filem 7 Hari Kisah Cinta Langkawi ini bergenre romantik komedi dan ianya diarahkan oleh Anwardi Jamil. Pelakonnya pula adalah Mark Adam, Peter Davis, Amai Kamarudin, Josiah Hogan dan ramai lagi. 



Kisah 7 Hari Kisah Cinta Langkawi bermula apabila seorang vlogger bernama Adira yang kerap memberi kata kata nasihat dan motivasi kepada pengikutnya menerbitkan buku tentang cara memikat lelaki dalam 7 hari. Adira dicabar oleh seorang lagi vlogger popular bernama Joe untuk membuktikan keberkesanan buku tersebut.

Berikut adalah 5 filem Malaysia yang mendapat kutipan rendah. Kenapa agaknya kutipan untuk setiap filem sangat rendah? Adakah disebabkan jalan cerita? Adakah disebabkan oleh pemilihan pelakon? Kongsikan pendapat korang dekat bahagian komen. 

Catat Ulasan

Terbaru Lebih lama