Kedai Makan Wajib Singgah di Kelantan Tahun 2021 | Untuk artikel kali ini saya nak kongsikan beberapa tempat makan yang korang boleh pergi sekiranya datang berkunjung ke negeri Kelantan. Kedai makan yang disenaraikan ini semuanya saya dah pernah pergi.

Kedai makan best di Kelantan

Jadi, saya harap dengan perkongsian ini dapat membantu korang untuk memilih kedai makan yang sesuai dengan citarasa masing masing. 

Senarai Tempat Makan Di Negeri Kelantan

Nasi Abe Mie 

Kedai makan ini adalah salah satu tempat makan yang menjadi perhatian mereka yang menggemari nasi kukus. Pebagai jenis lauk pauk yang disediakan untuk memenuhi keinginan pelanggan termasuklah ayam goreng, ikan keli dan banyak lagi. 

Kedai makan best di Kelantan

Harga yang dikenakan juga sangat berpatutan dan kedai mereka sentiasa dipenuhi ramai pelanggan lebih lebih lagi waktu makan tengahari. Mereka menyediakan dua tempat beratur bagi memudahkan proses pembelian makanan.

Klik link dibawah  untuk dapatkan info lanjut berkaitan dengan kedai makan Nasi Abe Mie.


Ayang Cafe

Mencari tempat makan untuk sarapan pagi di bandar Kota Bharu? Saya cadangkan korang Ayang Cafe yang menyediakan pelbagai jenis makanan. 

Kedai makan best di Kelantan

Korang boleh rambang mata sebab tak tahu nak pilih makanan untuk sarapan pagi. Menu wajib yang boleh dicuba di Ayang Cafe adalah Roti Ayang dan Roti Kasih. 

Menariknya minuman Teh O Peng dekat sini adalah Percuma! 

Nak tahu apa lagi yang menarik? Korang boleh klik link dibawah.


D'Istana Baloh Jembal

Nak makan nasi ulam yang best di kelantan dengan suasana dan konsep yang sangat menarik? D'Istana Baloh Jembal adalah jawapannya. 

Kedai makan best di Kelantan

Makan nasi ulam bersama keluarga dan kawan kawan di D'Istana Baloh Jembal pastinya akan memberikan pengalaman yang best untuk korang semua kerana makanan yang dihidangkan untuk set nasi ulam sangat berpatutan dan rasanya boleh tahan sedap. 

Nak tahu makanan apa lagi yang korang boleh makan di D'Istana Baloh Jembal? Klik link dibawah.


Nasi Paku Ayam Kampung Berek 12

Salah satu tempat makan yang menghidangkan ayam kampung goreng adalah kedai Nasi Paku Ayam Kampung Berek 12.

Kedai makan best di Kelantan

Nasi Paku? Ye betul tuh! Saya pun tak pasti kenapa nama dia Nasi paku tapi kalau korang berminat untuk mencuba sendiri nasi paku ayam kampung berek 12 boleh klik link dibawah.


Restoren Syakilla

Kalau korang suka makan nasi campur, Restoren Syakila boleh dijadikan sebagai tempat makan pilihan kerana ianya menyediakan pelbagai jenis lauk pauk.

Kedai makan best di Kelantan

Selain lauk pauk yang menyelerakan, korang juga boleh mencuba beberapa jenis pulut, nasi impit dan banyak lagi. 

Korang boleh klik link dibawah untuk tengok sendiri makanan apa yang best di Restoren Syakila.


Ini adalah antara kedai makan yang boleh dicuba sekiranya korang datang berkunjung ke negeri kelantan. Senarai tempat makan yang best di Kelantan akan dikemaskini dari masa ke semasa. Terima kasih sebab sudi singgah blog ini. Selamat menjamu selera.

Post a Comment

Lebih baharu Lebih lama