Tonton Drama Sang Pewaris Episod Penuh di TV3 & WeTV Original

Tonton Drama Sang Pewaris Episod Penuh di TV3 & WeTV Original | Sebaik sahaja Drama Lelaki Lingkungan Cinta berakhir, drama terbaru arahan Eyra Rahman iaitu Sang Pewaris lakonan Amyra Rosli dan Ben Amir mula ditayangkan menerusi Slot Lestary TV3. 


Drama ini berkisarkan tentang Ali (Ben Amir) yang selalu mendapat mimpi sejak dari zaman remaja lagi dimana Ali selalu didatangi oleh gadis yang sama dalam mimpi tersebut. Pada suatu hari Ali diberitahu yang dia adalah pewaris kekayaan Tan Sri Megat Khairudin dan lebih memeranjatkan lagi apabila Ali mengetahui dia mempunyai kembar yang bernama Megat Amer. 

Ali mengambil keputusan untuk menyamar menjadi tukang kebun di rumah keluarga kandungnya dan pada masa yang dia telah jatuh cinta dengan Zara (Amyra Rosli) yang merupakan anak angkat kepada keluarganya dan tunang kepada Megat Amer.

Drama ini ditayangkan bermula 26 November yang lepas lagi tapi tak sempat nak kongsikan dengan korang semua sebab saya pun baru sahaja nak mula tengok. 

Saya yakin mesti ramai diantara korang semua yang terlepas tengok kan. Jangan risau sebab WeTV Original kan ada. Korang boleh tengok episod penuh drama Sang Pewaris melalui website dan aplikasi WeTV Original. 

Drama : Sang Pewaris (Adaptasi Novel  Karya Fizziany)
Tarikh Tayangan : Bermula 26 November 2020 
Waktu Tayangan : Rabu - Jumaat 0900 Malam 
Pengarah : Eyra Rahman
Terbitan :  Global Station
Lakonan : Amyra Rosli, Ben Amir , Fad Anuar, Yusry Abd Halim, Cik Manggis, Sabrina Ali, Ieda Moin, Acong Sweet Child, Adlin Aman Ramli, Zamarul Hisham dan ramai lagi.
Terbaru Lebih lama