Kisah hidup Dato Sri Siti Nurhaliza dalam Muzik Video "Kuasa Cintamu" | Hari ini Muzik Video terbaru dari Dato Sri Siti Nurhaliza sudah pun dilancarkan. Tahun 2020 ini banyak betul MV yang dikeluarkan oleh beliau tapi apa yang istimewa dengan Muzik Video Kuasa Cintamu?

Sebelum MV dilancarkan, Dato Sri Nurhaliza telah memuatnaik Teaser yang membuatkan ramai peminat teruja kerana anak beliau aafiyah akan terlibat sama dalam muzik video tersebut. 

Dato Sri Siti Nurhaliza

Tapi yang menariknya, selepas menonton sendiri MV Kuasa Cinta, ternyata ada banyak scene atau babak babak yang mengimbau kembali kehidupan zaman dahulu seorang Dato Sri Siti Nurhaliza. 

Bagi peminat yang betul betul mengikuti beliau sejak dari dulu lagi pastinya akan dapat menikmati dan turut sama mengimbau kembali  detik detik bersejarah penyanyi kegemaran mereka.

Kalau kita tengak pada tajuk lagu Kuasa Cintamu pun sangat mendalam sebenarnya. Cinta dan kasih sayang yang kita dapat dari Ibu Bapa, Adik beradik, Suami/Isteri dan Anak Anak adalah Kuasa yang amat kita perlukan dalam hidup kita. 

Jadi, sedikit sebanyak lagu ini menyentuh hati semua orang yang mendengarnya apatah lagi selepas menonton muzik video. 

Post a Comment

Previous Post Next Post