5 Risiko Kecederaan Pada Kanak Kanak Dan Langkah Untuk Mencegahnya

Apakah Risiko Kecederaan Pada Kanak Kanak Dan Langkah Untuk Mencegahnya | Kanak kanak yang berumur dalam lingkungan satu hingga enam tahun sebenarnya berisiko untuk mengalami kecedaraan kerana mereka sering terdedah kepada bahaya.

Pada umur yang masih kecil, kanak kanak hanya ingin berseronok tanpa berfikir panjang tentang risiko yang bakal diterima apabila melakukan sesuatu perkara.

langkah mencegah kecederaan

Jadi, untuk artikel kali ini saya nak kongsikan beberapa risiko kecederaan yang mungkin akan berlaku kepada kanak kanak dan cara untuk mencegahnya daripada berlaku.

Apakah Risiko Kecederaan Pada Kanak Kanak?

Terdapat beberapa risiko kecederaan yang mungkin akan berlaku pada kanak kanak sekiranya tidak diawasi oleh ibu bapa. Antaranya adalah :
  • Terjatuh
  • Keracunan
  • Lemas
  • Melecur
  • Luka

Langkah Langkah Untuk Mencegah Kecederaan Pada Kanak Kanak.

1. Terjatuh

Saya yakin ramai diantara kita selalu berhadapan dengan kanak kanak yang suka memanjat tak kiralah tangga atau pun perabot. Biasanya, keluarga yang tinggal di rumah yang bertingkat akan membuat sekatan dibahagian tangga untuk menghalang anak mereka daripada memanjat.

Selain membuat sekatan, mungkin kita boleh elak meletakkan perabot yang mudah dipanjat di tempat yang membahayakan seperti tingkap atau balkoni.

Dalam kereta juga merupakan salah satu tempat yang berisiko tinggi untuk kanak kanak terjatuh dari tempat duduk mereka. Jadi, gunakan kerusi keselamatan supaya mereka sentiasa berada dalam keadaan selamat.

2. Keracunan 

Tahap curiosity kanak kanak sangat tinggi sampaikan semua benda yang dorang jumpa mesti nak masukkan dalam mulut. betul tak? Sebab itu kita disarankan untuk meletakkan ubat ubatan dikawasan yang lebih tinggi atau tempat yang susah untuk dicapai oleh kanak

3. Lemas 

Percutian bersama keluarga sangat menyeronokkan tetapi kita masih perlu berhati hati lebih lebih lagi apabila percutiaan tersebut melibatkan kanak kanak. 

Tempat percutian yang sering menjadi pilihan keluarga adalah resort/hotel yang mempunyai kolam renang, taman tema atau pantai. Untuk mengelakkan kanak kanak daripada lemas adalah dengan mengawasi mereka sebaik mungkin ketika mandi.

4. Melecur 

Pernah tak korang dengar berita tentang kanak kanak yang melecur akibat terkena air panas. Dengar sahaja pun dah rasa seram. Kita yang dewasa ini bila kena air panas pun tak boleh nak tahan inikan pula kanak kanak. betul tak?

Kejadian seperti ini biasanya berlaku dibahagian dapur. Jadi, sebagai orang yang lebih dewasa pastikan semua peralatan memasak yang masih panas diletakkan ditempat yang lebih tinggi supaya mereka tidak dapat menyentuhnya secara sengaja atau pun tidak.

5. Luka

Luka adalah perkara yang sinonim dengan kanak kanak kerana mereka masih kecil dan kulit mereka lebih sensitif berbanding kita yang lebih dewasa. Untuk mengelakkan kejadian ini berlaku pastikan peralatan tajam disimpan ditempat yang tidak boleh dibuka oleh mereka. 

Berikut adalah beberapa langkah yang kita boleh ambil untuk mencegah kecederaan pada kanak kanak. saya harap  perkongsian kali memberi manfaat kepada semua pembaca blog luqman zakaria.
Terbaru Lebih lama