Farah Ann, Gymnast Malaysia pertama yang ada patung "Barbie"! | Korang semua mesti kenal dengan Farah Ann kan? Dia adalah seorang Gymnast Malaysia yang telah berjaya memenangi banyak pingat dalam Southeast Asian Games sejak dari Tahun 2011 lagi. 

Baru baru ini, Farah Ann memuatnaik gambar yang menarik perhatian ramai orang dimana beliau memegang satu figura yang menyerupai dirinya.

Barbie Doll Malaysia
credit to Farah Ann (Instagram - @farahann94)

Menurut apa yang dikongsikan di caption instagram, Barbie menghubungi Farah Ann untuk menjadikan beliau "One of a kind" patung Barbie. Farah Ann sangat teruja kerana pernah memiliki patung barbie sewaktu kecil dan beliau juga menceritakan pengalaman bermain dengannya.

"To be able to receive such a magnificent gift, it is such an honor and i am so thankful to Mattel & Barbie. To think that all those years as a child i played with my barbie dolls, made them into little gymnasts, and had them perform skills and compete in my make-believe arena. To now that represents that little child's dream is incredible" - Farah Ann

Dengan kejayaan yang telah diperolehi oleh beliau pastinya  akan memberi inspirasi kepada anak anak muda diluar sana untuk berkecimpung dalam bidang yang diminati dan seterusnya mencapai impian hidup yang diingini. 

Post a Comment

Previous Post Next Post