Usahawan Kosmetik bantu Pekerja & orang ramai Jana Pendapatan dengan Produk Makanan!

Nampaknya dah sebulan lebih kita berada dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sepanjang tempoh PKP nih mesti ramai yang risau pasal pendapatan lebih lebih lagi mereka yang menjalankan perniagaan sendiri secara kecil kecilan. Bila tak dapat kerja mestilah punca pendapatan pun tak ada. Macam mana nak survive kan?

Nak tuding jari cari salah siapa pun tak guna jugak sebab PKP adalah jalan yang terbaik untuk  Negara kita kembali pulih seperti biasa. Ramai yang terjejas dengan keadaan sekarang termasuklah Pengusaha Kosmetik, Cik Puan Gojes (CPG).


Beliau merupakan Usahawan Kosmetik yang banyak membantu orang ramai menjana pendapatan dengan menjual alat kosmetik tetapi memandangkan perniagaan online kosmetik pada waktu ini mengalami kemerosotan, beliau mencari pendekatan yang berbeza untuk tetap membantu mereka yang memerlukan.

Pendekatan yang diambil oleh CPG adalah dengan menghasilkan produk makanan mereka sendiri. Idea atau Ilham menghasilkan produk makanan adalah datang dari suami CPG, Mohd Rozaini. Antara produk makanan yang dihasilkan oleh mereka adalah Lengat Ikan Tok Yah, Jambir Tok Timah dan Salai Abang Hensem.


Semenjak mengusahakan produk makanan yang dihasilkan dari rumah ini, para pekerja mereka dapat menambah pendapatan sementara menunggu tempoh PKP berakhir. Sedikit sebanyak usaha ini  dapat membantu menampung perbelanjaan harian mereka.


Mereka juga memberi peluang pada orang ramai untuk menjadi ejen. Harga yang dikenakan untuk produk yang dihasilkan juga sangat berpatutan, bak kata orang mampu milik. Boleh dibeli oleh golongan marhaen macam kita. Yang best nya produk Salai Abang Hensem ni, buat pertandingan  pula. Masak dan menang Xbox One. Ada yang berminat ke?


Sekiranya ada diantara korang berminat nak beli produk mereka boleh whatsapp ke nombor  +60 12-436 3187.

Nak dapatkan maklumat lanjut berkaitan dengan produk makanan yang dihasilkan oleh CPG dan suaminya, Korang boleh klik link dekat bawah ini ya. 

FB Salai Abang Hensem :

https://www.facebook.com/rezekiadik
Terbaru Lebih lama