Persembahan Akrobatik Imaginatrick yang hebat di Genting Highlands

Persembahan Akrobatik Imaginatrick yang hebat di Genting Highlands | Baru baru ini aku  dan kawan kawan sempat menonton persembahan akrobatik imaginatrick yang cukup memukau di Genting International Showroom, Genting Highlands. Imaginatricks menggabungkan pelbagai jenis aksi termasuklah silap mata, tarian, nyanyian, komedi dan semestinya akrobatik.


Antara yang menarik perhatian adalah menonton persembahan pemain bola keranjang menjaringkan gol dengan aksi akrobatik. Selain itu, korang juga boleh bergelak ketawa dengan persembahan badut yang sangat menghiburkan. Tarian yang disediakan pun sangat best kerana mereka menggunakan custom/pakaian yang berwarna warni. Memang meriah habis.


Imaginatricks yang diadakan di Genting highlands ini akan berlangsung sampai ke tahun depan, 22 Mei 2020 setiap hari bermula jam 8 Malam kecuali hari ahad dimana pada hari tersebut persembahan akan diadakan lebih awal iaitu pada jam 4 Petang

Bagaimana pula dengan harga tiket? 

  • RM196 (Preferred)
  • RM146 (PS1) 
  • RM96 (Gallery)

P/S : Yuran pemprosesan tambahan sebanyak 
RM4.00 dikenakan. Ahli GRC (Genting Gewards Card) menikmati diskaun 10% standard melalui tunai, kad kredit atau penebusan Genting Points


Jadi, sekiranya korang berkunjung ke Genting Highlands pada masa akan datang bolehlah bawa anak anak menonton persembahan akrobatik imaginatricks ini. Untuk maklumat lanjut boleh layari www.rwgenting.com atau hubungi +60327181118.
Terbaru Lebih lama