Pilihan makanan yang sedap dan lazat di Chunburi Seafood Kampung Baru

Chunburi Seafood Kampung Baru untuk penggemar makanan melayu | Aku ingat lagi time practical training dulu, aku sewa bilik di Flat PKNS kampung baru. Heaven betul tinggal dekat area kampung baru sebab aku tak payah risau pasal makanan. Kiri kanan semuanya kedai makan tapi selalunya kalau aku nak makan aku akan ke Chunburi Seafood. Tak tahu pulak kedai makan yang satu nih memang meletop. 

Sebelum aku, dah ramai blogger blogger lain yang update pasal Chunburi Seafood Kampung baru ini. Contohnya macam Blogger Eyriqaz yang pernah ke sana untuk pekena Bihun sup. Kata blogger Eyriqazz, bihun sup kat sana memang sedap. Insyaallah, kalau ada masa nanti nak pergi pekena bihun sup pulak.


Hari ini aku kerja shift pagi, jam 3 petang dah balik kerja. Teringin sangat nak makan nasi dagang dengan nasi kerabu tapi malas nak pergi kalau sorang sorang. Nasib baik ada member opis nak follow sama. Tak payah fikir panjang. Kitorang terus gerak pergi Chunburi Seafood nih. Korang tengoklah sendiri pilihan lauk pauk yang ada. maunya tak drooling kan.


Bila dah banyak sangat pilihan mesti ada kes Dilemma pulak berlaku kan. Tak tahu nak makan yang mana satu. Last last aku makan nasi dagang dengan kuah gulai ikan tapi ambil daging gulai dengan ikan tongkol cili *entah masak apa ikan nih.aku tibai jer nama dia. Member aku pulak makan nasi kerabu.


Dah tibai satu pinggan macam nih seriously dah boleh buat korang kenyang. Tapi kalau still lagi tak kenyang, korang boleh pekena kuih muih untuk desserts. Tadi dilemma nak pilih lauk pauk. Sekarang dilemma nak pilih kuih muih pulak.


Macam macam ada, rambang mata dibuatnya.


Tadi, member aku jer yang beli kuih. first first tuh nak beli jugak tapi seriously dah full tak boleh nak makan lagi dah. Kalau ikutkan nafsu semua aku nak tapi katakan tidak pada nafsu.hehe. Lepas nih nak pergi lagi sebab nak rasa bihun sup yang sedap tuh.hehe. Siapa yang pernah makan dekat sini selain blogger Eyriqaz? kalau ada, sharelah. Pada yang belum pernah datang tuh, ada masa terluang bolehlah try. Insyaallah korang akan suka jugak.
Pilihan makanan yang sedap dan lazat di Chunburi Seafood Kampung Baru Pilihan makanan yang sedap dan lazat di Chunburi Seafood Kampung Baru Reviewed by Luqman Zakaria on 8/15/2018 10:00:00 pm Rating: 5

No comments: