Penginapan yang selesa dan mewah di Pulse Grande Hotel Putrajaya

Penginapan yang selesa dan mewah di Pulse Grande Hotel Putrajaya | Baru baru ini aku berpeluang untuk Menginap di hotel bertaraf lima bintang di Putrajaya iaitu Pulse Grande Hotel Putrajaya yang terletak di Taman Putra Perdana Presint 1. Jom kita tengok apa yang menarik disini.

Pulse Grande Hotel Putrajaya - Entrance

Hotel yang berkonsepkan "Hotel in the park and a park in the hotel" ini sememangnya sangat menarik. Hotel ini dikelilingi oleh flora yang cantik dan tenang. Dalam hotel ini juga terdapat satu taman yang dipenuhi oleh tumbuhan hijau dan aliran air yang direka khas untuk para tetamu nikmati. Sesuai dengan tagline hotel kan! Hotel in the park and a park in the hotel!


Bilik yang aku dapat semasa menginap di hotel ini adalah Deluxe Park view yang berada tingkat paling bawah. Bilik ini dipenuhi dengan pelbagai kemudahan yang diperlukan. Katil pon serioulsy sangat selesa sampai rasa malas nak bangun bila dah baring. Bilik air pula lengkap dengan "amenities" seperti berus gigi, tuala, shampoo, conditioner, sabun mandi, hairdryer dan lain lain. Yang penting ada bathtub tapi tak sempat nak utilize.


Selain bilik yang selesa, Pulse Grande Hotel Putrajaya menyediakan pelbagai kemudahan lain untuk tetamu mereka seperti kolam renang, gymnasium, spa, sauna, bilik kanak kanak, business centre dan lain lain lagi. 


Untuk penggemar makanan seperti aku, tidak lengkap rasanya kalau tak bercerita tentang restoren yang ada dihotel ini. Makan malam dan sarapan pagi dihotel ini sangat menyelerakan. Pilihan makanan melayu dan international di Restoren Palm Hill ini tidak mengecewakan. Semuanya sedap! Selain Restoren Palm Hill, tetamu juga boleh menjamu selesa di Restoren Azur yang menawarkan makanan Western. Untuk mereka yang ingin minum petang serta kudapan, bolehlah singgah di Lobby Lounge mereka di tingkat tiga. 

Pulse Grande Hotel Putrajaya
Taman Putra Perdana Presint 1,
Wilayah Persekutuan, Putrajaya,
62000, Malaysia
Tel: +603 8887 8888
Terbaru Lebih lama