Tips memilih Duffle bag yang sesuai dengan citarasa lelaki masa kini

Tips memilih Duffle bag yang sesuai dengan citarasa lelaki masa kini | Apakah itu duffle bag dan adakah ia pilihan lelaki masa kini? Duffle bag merupakan beg yang menjadi pilihan lelaki masa kini yang aktif bersukan mahupun melancong. Ia bukanlah beg yang sesuai digunakan untuk aktiviti harian tetapi dengan cara penggayaan yang sesuai, korang mungkin dapat menggunakannya setiap hari tanpa mengira masa dan aktiviti. Klik bags online sekarang untuk tengok beg duffle yang ya ampun lawa nau nau. Serious tak tipu. Hehe.


Ada banyak pilihan duffle bag yang ada di pasaran, korang mungkin akan rasa terkilan sebab tidak tahu mana satu nak pilih kan. Jangan risau, teruskan membaca entri ini untuk dapatkan tips membeli duffle bag dari luqman zakaria.


Sekiranya korang membawa banyak barang ke tempat kerja atau business trip (Melancong untuk urusan kerja atau perniagaan), duffle bag yang diperbuat dari kulit sama ada tiruan atau pon asli adalah pilihan yang sesuai kerana ia dapat membuatkan korang nampak lebih profesional dan bergaya.


Untuk mereka yang kerap ke gym dan bersukan, duffle bag sukan merupakan pilihan yang tepat. Duffle bag untuk aktiviti sukan selalunya diperbuat daripada bahan kain nilon yang tahan lasak dan mudah dicuci. Ada juga duffle bag sukan yang kalis air dan diperbuat daripada bahan jenis mudah “bernafas” supaya pakaian dan kasut sukan anda tidak mudah berbau. Jadi untuk lelaki diluar sana yang meminati sukan dan aktif ke gym, beg duffle jenis nilon adalah pilihan terbaik untuk korang.



Bagi mereka yang kerap melancong, duffle bag macam dalam gambar kat atas ini menjadi pilihan ramai. Ini adalah kerana ianya sangat bergaya dan mempunyai ruang penyimpanan yang versatil. Cukup untuk memuatkan pakaian termasuk sepasang kasut extra, beg travel jenis duffle sangat mudah dibawa dan digunakan. Jadi kalau korang mahu tampil bergaya semasa melancong, korang haruslah memilih duffle bag yang kacak seperti ini. Aku harap dengan tips yang aku kongsikan untuk entri kali ini dapat membantu korang semua membuat pilihan. Kalau  korang dah buat pilihan, tunggu apa lagi?Jomlah dapatkan duffle bag sekarang!
Terbaru Lebih lama