Pengalaman bersama SVENSON

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Pada 26 Mei yang lepas aku berpeluang ke Svenson [Hair Care Expert] di Menara Hap Seng, Kuala Lumpur untuk menganalisis kulit kepala bersama pakar dalam bidang tersebut, Ms Deborah Whelan. Disebabkan aku memang ada masalah keguguran rambut, aku mengambil peluang ini untuk dapatkan nasihat, tips dan cara yang betul dalam penjagaan kulit kepala supaya rambut aku menjadi lebih sihat, kuat dan yang paling penting masalah keguguran rambut dapat dikurangkan.


"Ms. Deborah is a leading hair and scalp specialist with over 20 years of clinical experience providing clinical and home treatment for alopecia and scalp disorders. Deborah's approach of treatment and solutions for patients is both with medical products, trichological and nutrition programmes. Deborah has also been a member of The Institute of Trichologists for almost 20 years and is the owner of 2 clinics in Galway and Dublin, Ireland since 2005."

One to one session bersama Ms. Deborah Whelan adalah sangat berguna untuk aku sebab dia bagi banyak tips untuk menjaga kulit kepala supaya lebih sihat. Pemakanan dan gaya hidup kita banyak memainkan peranan sebenarnya dalam penjagaan kulit kepala. Sekiranya kita kurang tidur atau stress boleh menyebabkan keguguran rambut, sama juga dengan makanan, kurangnya protein boleh menyebabkan perkara yang sama berlaku.


Sedang menunggu giliran masing masing untuk berjumpa dengan Deborah Whelan.

Apabila sesi bersama Deborah berakhir, aku diberikan voucher rawatan kulit kepala dan rambut bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Pada 1st June yang lepas aku berpeluang untuk mengunakan voucher tersebut dan rawatan dibuat di cawangan Svenson yang terletak di bangunan Hap Seng juga.


Seperti biasa sebelum memulakan rawatan, rambut dan kulit kepala aku dibasuh dan dikeringkan. Untuk rawatan ini, aku dibantu oleh Christina, seorang Therapist yang mempunyai 10 tahun pengalaman bekerja bersama Svenson. MET Machine diperlukan sepanjang rawatan dijalankan.


Ini adalah MET Machine yang digunakan. Tujuan machine ini digunakan adalah untuk membantu ubat yang diletakkan di kulit kepala diserap dengan lebih cepat dan lebih dalam hingga ke akar rambut. Selepas proses ini selesai, rambut dan kulit kepala di steam dan akhirnya dikeringkan. 

Rawatan ini sangat mudah, cepat dan yang paling penting ianya memberikan kesan yang positif pada rambut aku. Selepas rawatan dijalankan, kulit kepala menjadi lebih segar dan bersih. Aku amat berpuas hati dan thanks to christina for treating me like a king on that day.haha


Terima kasih juga kepada Svenson kerana memberi peluang kepada aku untuk mencuba rawatan ini. Kepada korang semua, kalau nak tahu lebih lanjut tentang svenson. korang boleh layari www.svensonhair.com.my. Ada macam macam maklumat yang korang boleh dapat macam services dan lokasi pusat rawatan svenson di malaysia.
Terbaru Lebih lama