Logo baru yang Awesome Blog Luqman Zakaria

Assalamualaikum.

Setiap kali buat comeback mesti nak kena ubah template dan segala macam yang ada dalam blog sebab nak bagi semangat untuk diri sendiri supaya lepas nih jangan tenggelam timbul macam selalu tapi selepas dua atau tiga entry tup tup hilang sampai berbulan bulan. itulah aku!

Harap sangat kali ini penglibatan aku dalam dunia blogging akan bertahan lama dan akan berterusan dengan jayanya. gituh. macam statement retis yang buat comeback selepas bertahun bawa diri ke luar negara kan.eh! Oklah. Tanpa melengahkan masa, aku dengan ini melancarkan logo terbaru blog luqman zakaria.



Idea asal untuk logo blog aku ini sepatutnya gabungan antara huruf L dan Z. Design untuk logo yang asal tuh sebenarnya dah nak siap pon. Aku decide untuk letak yang tuh tapi we realize that logo asal yang kitorang design tuh sama dengan logo blog lain. Untuk mengelakkan isu ciplak kitorang cancel yang tuh yang fikirkan idea yang berbeza.

Selepas beberapa minit memerah otak, Abang aku come up with an idea to combine huruf L dan Q as a logo to this blog. At first aku tak agree sebab aku dah terbiasa dengan LZ yang membawa maksud Luqman Zakaria tapi bila fikir balik why not kita try dulu dan tengok hasil dia macam mana and yes i loikeee sebab simple. Aku boleh gunakan untuk header dan juga watermark. Sekali jalan je abis cerita.


Untuk page blog pulak aku still menggunakan Logo yang sama tetapi ada sedikit penambahan  supaya nampak lebih menarik. korang boleh tengok dekat bawah nih.


Credit to my brother for the logo.

Terima kasih juga kepada semua orang yang masih lagi memberi sokongan kepada blog aku, Walaupon dah lama sangat tak update apa apa still juga datang jenguk. Aku harap korang suka dengan perubahan pada blog yang sekarang nih. Aku cuba sebaik mungkin untuk buat blog nih nampak clean, cepat loading dan kemas. Sekali lagi terima kasih dan Happy Blogging.
Logo baru yang Awesome Blog Luqman Zakaria Logo baru yang Awesome Blog Luqman Zakaria Reviewed by Luqman Zakaria on 10/08/2015 12:30:00 am Rating: 5

No comments: