Hadramawt Palace Restaurant

Hadramawt Palace Restaurant | Bila tengok drama korea kat tv terasa nak makan Kimbab, bila tengok drama omputih terasa nak makan Chicken Chop, Bile tengok drama Jepun nak makan Sushi pulak..aishh..semua nak kan..alhamdulillah hidup kat malaysia nih semua ada..tak perlu book tiket ke luar negara semata mata nak makan makanan dari sana.

Selalunya kalau nak keluar makan jer mesti nak western food tak pun makan makanan jepon korea bagai tuh. tak pernah pulak kawan kawan ajak pergi makan makanan arab ke. hurmm. Jadi, untuk entry kali ini aku nak berkongsi dengan korang semua mengenai satu restoran arab yang sangat best.


Restoren ini terletak di Lot No.251 Jalan Bukit Bintang 55100 kuala Lumpur..Siap bagi alamat lagi..nanti kalau korang nak try bolehlah ke sana..berbaloi! Sekarang aku nak share pasal makanan yang aku dah try kat sini.


First sekali, nama makanan kat atas ini Lamb Madghout. Nasi nih dimasak bersama dengan lamb dicampur dengan Special spice dan juga Extra tomato sauce. dihidangkan sekali dengan Special Chilli Sauce. Masih terasa keenakan nasi ini.hehe..drooling abes. bayangkan jer la Sekilo nasi ini kitorang boleh habeskan..belum ditambah dengan setengah kilo Chicken Madghout lagi.hehe. 


Alhamdulillah rezeki kami malam tuh melimpah limpah..kami cuma order Chicken dan Lamb Madghout sahaja tapi dorang bagi free satu bread yang besar gedabak..sorry lar lupe nama dia..kalau tak silap mullawah..


makan sekilo setengah nasi tadi pon dah buat kami kenyang abes tapi kami tetap gagahkan diri untuk makan Roti ini pulak. makan roti je pon memang sedap tapi kalau ade something macam kuah ke lagi sedap.jadi kami decided untuk order fahsa. boleh makan dengan roti.Fahsa ini adalah shredded lamb yang dimasak menggunakan claypot. memang menyelerakan bila makan dengan roti tuh.


nampak sedap kan..Sambil dok tunggu fahsa ini sampai, tiba tiba waiter tuh datang bagi kitorang satu makanan ini, katanya boleh dimakan bersama dengan roti yang dia bagi tadi..alhamdulillah dapat makanan free lagi.hehe.


inilah yang waiter tuh bagi free.tak tahu apa nama dia.dah cari kat menu tapi tak jumpe..dan seperti yang dijangka memang tak habes pon kami makan..tapi takpe sebab boleh take away kan..hehe. yang pasti makanan kat sini memang sedap dan mengenyangkan. untuk informasi lain, korang boleh ke laman web dan page mereka di facebook.

Address 
Lot 251 Jalan Bukit Bintang 
55100 Kuala Lumpur

Website 
http://hadramawtpalace.com

Facebook 
https://www.facebook.com/RHPALACE
Terbaru Lebih lama