Bangkitkan mood dengan 6 jenis minuman dari Anchor Food Professionals - Blog Luqman Zakaria

Bangkitkan mood dengan 6 jenis minuman dari Anchor Food Professionals

Share This
Bangkitkan mood dengan 6 jenis minuman dari Anchor Food Professionals | Baru baru ini saya berkesempatan ke dua cafe yang menyediakan minuman  istimewa ini dan ternyata rasanya sangat unik dan berbeza dengan minuman lain kerana ianya mengandungi produk dari Anchor Food Professionals seperti whipping cream dan cream cheese


Sebelum ini Anchor Food Professionals pernah menghasilkan pelbagai jenis makanan berasaskan tenusu seperti Pizzart, Say Cheese dan Anchor Travel Cakes yang berjaya menarik minat ramai pencinta makanan di Malaysia. Kini, mereka memperkenalkan 6 jenis minuman menggunakan produk dari Anchor yang biasanya digunakan untuk makanan dimana menurut saya sangat menarik.

Selalunya kalau mood tak stabil mesti cari makanan atau minuman untuk hilangkan stress. betul tak? Sekarang ini anda semua tidak perlu risau kerana Anchor Food Professionals memahami kehendak penggunanya. Jadi, selepas ini kalau stress bolehlah mencuba sendiri minuman yang dihasilkan oleh Anchor khas untuk meningkatkan mood anda!

6 Minuman untuk meningkat mood dari Anchor Food Professionals

Kayanika Fusion
Minuman pertama yang saya ingin kongsikan dengan anda semua adalah ciptaan Chef Firuz iaitu Kayanika Fusion yang bakal menjadi pilihan ramai rakyat Malaysia kerana minuman ini mengandungi kaya, gula melaka, kacang merah dan pulut.


Produk Tenusu Anchor yang digunakan  
Anchor Whipping Cream
Minuman ini boleh didapati di 
Delight Factory | Love Tea F&B | Cofeology Cafe & Restaurant | Lavish Fusion Bakery | Overstepped (Sejati) | HIVE by Love A Loaf | Family Confectionery | Baker's Hut

Lemon Mint Meringue
Minuman ini juga adalah ciptaan Chef Firuz dimana ianya kaya dengan lemon mint dan vanilla ditambah pula dengan whipped cream, meringue yang dibakar, candied fruit seperti lemon dan oren diatasnya membuatkan Lemon Mint Meringue minuman yang sedap dan menyelerakan.


Produk Tenusu Anchor yang digunakan  
Anchor Whipping Cream
Minuman ini boleh didapati di 
Delight Factory | Love Tea F&B | Cofeology Cafe & Restaurant | Lavish Fusion Bakery | Overstepped (Perdana) | La Taste (Butterworth) | HIVE by Love A Loaf | Family Confectionery

White Chocoffee
White chocoffee didatangkan dengan rasa kekacang dan dipenuhi dengan coklat. Ia juga dilengkapi dengan mentega kacang yang tidak asing lagi dengan selera orang Malaysia kita.


Produk Tenusu Anchor yang digunakan  
Anchor Full Cream Milk
Anchor Cream Cheese
Anchor Whipping Cream
Minuman ini boleh didapati di 
Gafe Kafe | Delight Factory | Chubs Grill | Lucky Bean | Love Tea F&B | Cofeology Cafe & Restaurant | Family Confectionery |  Baker's Hut

Pom & Grey Twist
Pom and Grey twist adalah campuran dari teh "earl grey" dan sirup delima yang sangat menyegarkan. Diatasnya pula dilengkapi dengan krim coklat dan serbuk koko. 



Produk Tenusu Anchor yang digunakan 
Anchor Full Cream Milk
Anchor Cream Cheese
Anchor Whipping Cream
Minuman ini boleh didapati di
Choon Guan Coffee Shop | Delight Factory | Chubs Grill | Chiu's Cafe | Lucky Bean | Living Room | Cofeology Cafe & Restaurant | La Taste | Family Confectionery | Baker's Hut

Yuzu Chocolate Suprise
Sekiranya anda inginkan sesuatu yang unik, Yuzu Chocolate Suprise adalah salah satu minuman dari Anchor Food Professionals yang harus dicuba. Minuman ini mempunyai rasa manis dan masam kerana ia mengandungi coklat dan Yuzu (a citrus fruit and plant in the family of Rutaceae).

Produk Tenusu Anchor yang digunakan  
Anchor UHT Full Cream Milk
Anchor Whipping Cream
Minuman ini boleh didapati di 
Choon Guan Coffee Shop | Gafe Kafe | Delight  Factory | Chiu's Cafe | Living Room | Cofeology Cafe & Restaurant | Lavish Fusion Bakery | La Taste | HIVE by Love A Loaf

Tangy Brew
Minuman kopi pekat dan sejuk yang dilapisi dengan whipping cream dan  cream cheese foam.

Produk Tenusu Anchor yang digunakan  
Anchor Cream Cheese
Anchor Full Cream Milk
Anchor Whipping Cream
Minuman ini boleh didapati di 
Choon Guan Coffee Shop | Gafe Kafe | Delight Factory | Chubs Grill | Chiu's Cafe | Lucky Bean | Living Room | Cofeology Cafe & Restaurant | Family Confectionery

Saya hanya berkesempatan mencuba 4 daripada 6 minuman ini dan pilihan kegemaran saya adalah Kayanika Fusion. Bagaimana pula dengan korang? Kongsikan minuman pilihan dari Anchor Food Professionals  yang ingin korang cuba sendiri diruangan komen artikel ini. Selamat mencuba!

2 ulasan:

  1. Sally suka Pom and Grey Twist! Gabungan teh "Earl Grey" dan pati delima memang serasi...

    BalasPadam
  2. Qiss suka lemon mint meringue. Serius sedap sangatt.

    BalasPadam

Pages