Menangi dua tiket kapal terbang ke Santorini di TCE Wedding Expo

Menangi dua tiket berbulan madu ke Santorini di TCE Wedding Expo | Pada 9 hingga 11 November 2018 bakal berlangsungnya TCE Wedding Expo yang ke 29 di Midvalley Megamall. Menerusi expo ini, Dorsett dan Silka Hotel Malaysia akan memperkenalkan pakej pakej perkahwinan yang cukup menarik dengan konsep "Exceptional Wedding Destination" dimana bakal raja sehari yang mengambil pakej dengan mereka berpeluang untuk mendapatkan dua tiket kapal terbang ke Santorini. 


Selain itu, terdapat lebih 100 Voucher makan dan penginapan akan diberikan sepanjang 3 hari expo ini berlangsung. Semua voucher ini disumbangkan oleh Hotel Dorsett dan Silka South East Asia (SEA). Ikut langkah langkah dibawah sekiranya anda ingin memenangi Voucher  menarik dari mereka.
  • Hadirkan diri ke booth #3 dan #4
  • Bergambar di booth tersebut
  • Muat naik gambar anda di Instagram (Pastikan ianya Public)
  • Tag gambar anda dengan @DorsettGrandSubang @DorsettKualaLumpur @DorsettPutrajaya @SilkaMayTower dan @SilkaCheras
  • Letakkan hashtag ini di gambar anda #ExceptionalWeddingDestination #YourFirstHappiness #DorsettMYWeddings dan #SilkaMYWeddings
Ingat ya, gambar yang mengikut syarat dengan betul sahaja yang bakal diterima dan pemilik gambar yang mendapat likes paling banyak pada 11 November 2018 Jam 12 tengah malam akan menerima hadiah misteri dari mereka. Bukan itu sahaja, salah seorang followers bertuah yang likes gambar tersebut juga bakal menerima hadiah istimewa.

Untuk maklumat lanjut anda boleh hubungi mereka di talian 03-50316060 atau email kepada sales.subang@dorsetthotels.com
Terbaru Lebih lama