Kedai makan kambing bakar sedap di Setia Alam - Blog Luqman Zakaria

Kedai makan kambing bakar sedap di Setia Alam

Share This
Dah lama tak makan kambing bakar. Tengok balik gambar gambar kambing bakar dalam phone ini terus mengidam. Alang alang dah mengidam tuh baik saya kongsikan dengan anda semua satu tempat makan kambing bakar yang sedap di Setia Alam.
Kambing Bakar Kontena Setia Alam
Kambing Bakar Kontena Setia Alam

Kedai yang dimaksudkan adalah Kambing Bakar Kontena. Saya pernah mencuba sendiri kambing bakar disini dan ternyata rasanya memang sedap. Pencuci mulut seperti Ice bucket Tutti Frutti yang dihidangkan pun sangat berbaloi untuk dicuba kerana saiznya yang besar dan harganya juga sangat berpatutan.

Kambing Bakar Kontena

Alamat : Jalan Setia Perdana BD U13/BD, 
Alam Nusantara, 40170 Shah Alam, 
Selangor, Malaysia

Kambing Bakar Kontena Setia Alam

Hidangan kambing bakar bersama french fries dalam gambar diatas ini berharga RM14.90. Portion kambingnya banyak dan lembut untuk dimakan. 

Apa lagi yang saya suka tentang hidangan ini? semestinya  sos black peppernya yang cukup rasa! Ada manis, pedas dan kalau anda suka masam boleh perah limau bersama kambing bakar. Jom kita tengok pencuci mulut pula. 

Kambing Bakar Kontena Setia Alam

Ini ice bucket tutti frutti yang saya cakap tadi. Satu bucket ini berharga RM25.00. Portion yang besar, buah buahan pun banyak, aiskrim tuh lagilah sampai meleleh keluar memang puas hati. Selain Ice bucket tutti frutti, mereka juga menyediakan ice bucket chocolate, ice bucket mix, banana split atau bread delicious untuk pencuci mulut.

Kambing Bakar Kontena Setia Alam

Yang dekat atas ini pulak Family Rock Mangga dan Buah Naga. Setakat ini, apa yang saya makan semuanya sedap. Ada banyak lagi menu menu lain yang belum dicuba. Anda boleh tengok menu dibawah untuk rujukan. Nanti kalau pergi sana senang boleh terus order.

Kambing Bakar Kontena Setia Alam
Kambing Bakar Kontena Setia Alam

Ada satu perkara yang perlu anda tahu sebelum datang ke Kambing Bakar Kontena.

Pesanan makanan hanya dibuat dikaunter pembayaran ya. Jadi, kalau nak order kena pergi kaunter. 

Bukan apa sebab saya perasan ramai pelanggan yang datang ke Kambing Bakar Kontena tak alert dengan keadaan sekeliling. Walaupun sudah dinyatakan bahawa pesanan makanan perlu dibuat di kaunter mereka hanya duduk dan menunggu pelayan datang untuk mengambil order. 

Walau apa pun, selamat mencuba kambing bakar di Kambing Bakar Kontena dan kongsikan pengalaman anda di ruang komen artikel ini. Untuk maklumat lanjut anda boleh ke facebook page mereka di www.facebook.com/KambingBakarKontena/ atau instagram mereka di www.instagram.com/kambing_bakar_kontena/.

3 ulasan:

Pages