14 Filem animasi dan fantasi yang menarik tahun 2019 - Blog Luqman Zakaria

14 Filem animasi dan fantasi yang menarik tahun 2019

Share This
14 Filem animasi dan fantasi yang menarik tahun 2019 | Animasi dan fantasi adalah salah satu genre filem yang dinantikan oleh ramai orang termasuklah saya sendiri. Jadi, memandangkan kita semakin dekat dengan tahun baru saya akan kongsikan beberapa filem animasi dan fantasi yang bakal ditayangkan pada tahun 2019.

1. Pokemon: Detective Pikachu

Filem ini mengisahkan tentang seorang lelaki muda yang bernama Tim Goodman bersama Detective Pokemon membongkar misteri disebalik kehilangan ayahnya. Tonton trailer filem Pokemon: Detective Pikachu di sini

2. Toy Story 4

Filem ini adalah sekuel kepada Toy Story 3 yang mengisahkan tentang pengembaraan Woody dan Buzz mencari rakan mereka Bo Peep. Tonton teaser trailer Toy Story 4 di sini

3. Wonder Park

Wonder Park menceritakan tentang seorang kanak kanak bernama June dan taman hiburan yang mengagumkan. Tonton trailer Wonder Park di sini.

4. Dumbo 

Filem fantasi ini mengisahkan tentang Dumbo, seorang gajah yang mempunyai telinga besar dan disebabkan oleh itu ia menjadi bahan jenaka di Sarkas Max Medici tetapi setelah mereka semua tahu yang Dumbo mampu terbang dengan menggunakan telinga segalanya berubah. Tonton trailer Dumbo di sini

5. How To Train Your Dragon: The Hidden World

Setelah menjadi Ketua Berk, Hiccup telah berjaya memenuhi impiannya untuk mewujudkan Utopia Naga yang damai tetapi sesuatu telah berlaku dan menyebabkan Hiccup dan Toothless terpaksa membuat keputusan yang sukar apabila kampung halaman mereka berada dalam bahaya. Tonton trailer How To Train Your Dragon The Hidden World di sini.

6. Alita The Battle Angel

Kisah aksi perjalanan seorang remaja perempuan mencari kebenaran tentang siapa dirinya dan berjuang untuk mengubah dunia. Tonton trailer Alita The Battle Angel di sini

7. Godzilla: King of The Monsters

Godzilla King of the monsters menceritakan tentang Agensi Crypto Zoological Monarch yang berhadapan dengan raksasa raksasa gergasi. Tonton trailer filem Godzilla di sini.

8. Shazam

Menceritakan tentang seorang budak lelaki yang bernama Billy Batson yang dikurniakan kuasa dimana dia hanya perlu menyebut "Shazam" untuk bertukar menjadi seorang superhero. Tonton trailer Shazam di sini

9. The LEGO Movie 2: The Second Part

Warga Bricksburg menghadapi ancaman baru yang berbahaya dan sekarang  Emmet, Lucy, Batman dan kawan kawannya akan berusaha melawan dan mengembalikan keharmonian alam semesta LEGO. Tonton trailer The LEGO Movie 2 The Second Part di sini.

10. The Lion King

Cerita ini diadaptasi dari filem animasi klasik disney pada tahun 1994 yang berkisarkan tentang Simba, seekor singa dan penggembaraannya untuk menjadi Raja. Tonton trailer The Lion King di sini

11. Dark Phoenix

Filem ini mengenai Jean Grey yang dilakonkan oleh Sophie Turner. Dia memiliki kuasa hebat yang menukarkan dia menjadi dark phoenix. Tonton trailer Filem Dark Phoenix di sini

12. The Secret Life of Pets 2

Filem ini mengisahkan tentang kehidupan sekumpulan haiwan di bandar New York. Tonton trailer The Secret Life of Pets 2 di sini.

13. Aladdin 

Filem ini adalah adaptasi dari filem animasi aladdin pada tahun 1992. Tonton teaser trailer aladdin yang terbaru di sini.

14. Captain Marvel

Mengisahkan tentang Carol Danvers, bekas juruterbang pejuang angkatan udara Amerika Syarikat yang mempunyai kuasa yang luar biasa. Tonton trailer di sini

Berikut adalah 14 filem animasi dan fantasi yang cukup menarik untuk ditonton pada tahun 2019.  Yang mana satu filem yang anda semua nak tengok? Kalau ada filem animasi dan fantasi untuk tahun 2019 yang tiada dalam senarai ini mungkin anda boleh tinggalkan komen dibawah dengan nama nama filem tersebut ya.
Credit images : IMDb

1 ulasan:

Pages